MAKLUMAN
FATWA RASMI
Buku ini adalah dikeluarkan mengikut keputusan Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri
yang mengambil bahagian sahaja) dalam mesyuaratnya yang ke-101 diadakan
pada 18hb. Jun, 1975 (hari yang kedua). Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri
yang mengambil bahagian sahaja) yang tersebut telah mempersetujui pendapat
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
mengenai Puak Kadiyaniah/Ahmadiah, selepas pindaan seperti berikut:
-
“Puak Kadiyaniah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam
dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian
dalam tanah perkuburan Islam”.
-
“Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju satu
kertas putih mengenai penyelewengan Puak Kadiyaniah/Ahmadiah hendaklah
dikeluarkan oleh Majlis Keebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia”.
-
“Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju iaitu
Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama Islam Malaysia hendaklah mengambil
tindakan berutus dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri (yang mengambil bahagian
sahaja) supaya pendapat-pendapat terkandung dalam keputusan-keputusan (i)
dan (ii) di atas diisytiharkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri itu”.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Malaysia.
AJARAN QADIANI
(AHMADIAH/QADINIAH)
Pendahuluan
Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan ioleh Mirza Ghulam
Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan
dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam.
Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad
sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula adalah diambil dari nama
kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daam daerah
Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama
ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya
Mirza.
Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua
puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran
ini, atas nama agama Islam walaupun ianya tidak pernah diiktiraf oleh agama
Islam sendiri.
Siapa Mirza Ghulam Ahmad , Qadiani?
Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah
Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama
Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas
dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama kemudian, beliau mendakwa
mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai
berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian.
Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian membaca Al-Quran
dan beberapa buah buku Parsi. Apabila berumur 10 tahun, beliau belajar
bahasa Arab. Di kala berumur 17 tahun, beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq
dan falsafah secara berguru. Beliau belajar ilmu perubatan dengan ayahnya
sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapapun cuma secara
belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di rumah hingga ke peringkat
menengah (Middle Class). Beliau seorang yang kuat belajar. Guru-gurunya
yang mengajar nahu, mantiq (Logic) dan falsafah ialah Maulavi Fazlilillahi,
Maulavi Fazli Ahmad dan Maulavi Gul Ali Shah. Ayahnya sendiri seorang ahli
ilmu perubatan (Physician) yang berpengalaman.
Dengan pengetahuan yang ada Mirza bertugas di bawah Penolong Pesuruhjaya
Sialkot dengan gaji yang kecil selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa ini,
beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil
peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan
jawatan dan pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian
besar masanya ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-buku Tafsir
dan Hadith.
Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa.
Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian dan berjaya, beliau
mula mendapat hidup senang. Dalam tahun 1907 beliau menulis : “…dulu saya
tidak dikenali, hidup di kampung terpencil, Qadian dan tidur di ceruk sudut.
Kemudian Allah telah menukarkan dunia ini kepada saya dan menolong saya
dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu sebenarnya saya tidak pernah ada
harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima
kira-kira 300 rupee atau lebih lagi. Mereka telah menghantarkan kepada
saya wang dan emas dan saya tidak tahu nama mereka”.
Perkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun 1852 atau 1853 iaitu dengan
seorang daripada kalangan keluarganya sendiri. Beliau mendapat dua orang
anak iaitu Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fazal Ahmad. Dalam tahun 1891,
beliau menceraikan isterinya. Tahun 1884 beliau mengahwini anak perempuan
Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain adalah dengan isterinya ini
iaitu tiga orang. Mereka ialah:
-
Mirza Bashiruddin Mahmood
-
Mirza Bashir Ahmad (Pengarang Sirat Al-Mahdi)
-
Mirza Sharif Ahmad
Semasa muda Mirza selalu diserang penyakit hysteria di mana kadang-kadang
beliau pernah rebah dan tidak sedarkan diri. Mirza sendrii pernah menganggap
penyakitnya itu sebagai hysteria dan tekanan perasaan (Melancholia). Beliau
juga diserang penyakit kencing manis (diabetes) dan kencing besel (copious
urination). ýBeliau sering mengamalkan latihan rohani (spiritual
exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah berpuasa enam bulan
tanpa henti.
Pada masa kanak-kanak, Mirza adalah seorang budak yang ‘simple’ dan tidaklah
begitu cerdik. Beliau tidak tahu bagaimana memutarkan jarum jam. Kalau
dia hendak mengetahui masa, beliau mengambil jam dari poketnya lalu membilang
dengan tangan bermula dari angka satu. Beliau membilang kuat-kuat supaya
tidak lupa kerana beliau seorang pelupa. Kadang kala beliau tidak dapat
membezakan kasut kiri dan kanan. Mirza juga seorang yang bercakap keras
dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan
lawannya. Dalam syairnya untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya,
beliau berkata: “Seteru-seteru itu macam babi; perempuan-perempuan mereka
macam anjing”.
Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan
(The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun
1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka
termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.
Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar
Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata:
“Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih
hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang;
dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup.
Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai
Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak
akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan
Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan
kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.
Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit
akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga, beliau diserang
penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza
menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut bapa mertuanya: ‘Di malam
Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan
kepada saya: “Tuan sahib, saya ini diserang penyakit tuan”. Selepas itu
saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan
nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam”. Beliau dikuburkan di Qadian
yang sekarang ini di dalam negara Pakistan.
Bagaimana Munculnya Ajaran Qadiani
Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang kuat dan tekun belajar. Dia berminat
dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith. Beliau juga adalah seorang
yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan kedudukan agama Islam
pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan
Inggeris dan agama Kristian.
Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang
Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk
mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah. Mirza telah dipuji
atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa sangat bijak,
pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai
untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti ‘reformer’ (mujaddid),
Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan
lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini.
Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai
keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing.
Perang mazhab sering mencetuskan keganasan yang mengakibatkan perpecahan.
Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan
sesuatu yang ajaib dan mendakwa menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik
minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad
menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama.
Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu.
Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat Islam menjadi pudar,
kosong fikiran dan ragu-ragu.
Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857 menentang penjajah
Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai
sifat kepimpinan yang teristimewa (charismatic). Segolongan orang Islam
menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada
mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad
membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan idirnya.
Pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza Ghulam Ahmad
Nuruddin Bhairawi dilahirkan di Kampung Bhaira, Punjab, Pakistan Barat
pada tahun 1841. Beliau mempelajari bahasa Parsi, tulisan dan bahasa Arab
permulaan. Beliau sebenarnya seorang ahli perubatan tradisi India yang
memegang gelaran ‘Hakim’. Nuruddin Bhairawi orang yang kedua di dalam ajaran
Qadiani ini selepas Ghulam Ahmad. Malah setengah pengkaji berpendapat bahawa
beliaulah orang yang sebenarnya menghasut Mirza melakukan pentyelewengan
di dalam ajaran ini.
Hubungan Nuruddin Dan Mirza
Perhubungan Nuruddin dengan Mirza bermula pada tahun 1885 di Qadian. Terdapat
banyak persamaaan idea antara Nuruddin dan Mirza. Sehinggakan apabila Mirza
menulis bukunya “Barahin Ahmadiah”, Nuruddin menulis bukunya “Tasdiq Barahin
Ahmadiah” untuk menyokong Mirza. Betapa dalamnya kepercayaan Nuruddin kepada
Mirza dapat ditunjukkan dalam cerita ini : Apabila Mirza mengarang Fath
Al-Islam dan Tawdhih Al-Maram, seorang bertanyakan Nuruddin sebelum beliau
melihat buku-buku itu, “Apakah sebarang nabi akan muncul selepas Nabi Muhammad?
Jawabnya, “Tidak”. “Jika ada orang yang mendakwa menjadi Nabi?”. Jawabnya,
“Kita tengok dulu dia itu benar atau tidak. Kalau benar saya akan terima,
malah kalau Al-Masih itu mendakwa membawa syariat baru dan membatalkan
Al-Quran, saya tidak menafikannya. Ini kerana jika kita telah mengakui
(Mirza Ghulam Ahmad) sebagai benar dan telah diutuskan Allah, maka apa
saja yang dia kata tentunya benar dan kita mesti fikirkan bahawa maksud
Khatami An-Nabiyyin (nabi terakhir) di dalam Al-Quran itu tentu mempunyai
makna yang lain”.
Nuruddin Mempengaruhi Mirza
PAda awal tahun 1891, Nuruddin telah menghantar surat kepada Mirza memintanya
supaya mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan. Dalam
surat jawapannya kepada Nuruddin, Mirza menulis bahawa dia tidak bercadang
untuk membuat dakwaan demikian. Beliau hanya ingin menjadi seorang hamba
Allah yang taat. Tetapi kemudian dalam tahun yang sama Mirza menerima gagasan
Nuruddin itu.
Implikasi dari penerimaan Mirza itu, menampakkan bahawa Mirza sebenarnya
seorang yang lemah dan tidak cekal. Dia senang dipengaruhi oleh orang lain.
Kesan daripada ini terdapat dua peringkat dalam hasil karya Mirza iaitu:
Mengandungi karya-karya yang membuktikan sahnya agama Islam dan membatalkan
agama-agama lain. Dalam karya-karya ini tidak terdapat dakwaan menjadi
Al-Masih. Antara karya-karyanya itu ialah Barahin Ahmadiah, surmahi-Chashor-I-Arya
dan Shahna-I-haq.
Bermula dengan dakwaannya menjadi Al-Masih kemudian diikuti dengan dakwaan-dakwaan
lain berkenaan dengan dirinya. Dalam karya -karya ini penuh dengan sikap
sombong dan mulia diri daripada masa yang lalu. Karya pertamanya di peringkat
ini ialah Fath Al-Islam yang dikeluarkan pada tahun 1891 di mana di dalam
buku inilah beliau mendakwa dirinya sebagai bayangan kepada Al-Masih yang
dijanjikan. Mirza Bashir Ahmad dalam bukunya Sirat Al-Mahadi mengatakan
bahawa Al-Masih Isa telah mati.
Kandungan Ajaran Qadiani
Kandungan ajaran Qadiani yang bertentangan dengan Islam itu boleh dilihat
dari dakwaan-dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dan perbuatan-perbuatannya.
Mula-mula pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai
reformasi (mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau mendakwa sebagai
Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya
mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya
pada tahun 1891. Kemudian pada tahun 1901, beliau mengakui dirinya sebagai
nabi. Di samping itu, pada 1hb. November 1904, beliau mendakwa dirinya
sebagai penjelmaan Krishna unutk orang-orang Hindu di samping sebagai Isa
Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.
Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
Sebelum Mirza Ghulam Ahmad, golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu
mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Umpamanya
Syiah Sabaiah menganggap Ali bin Abi Talib adalah Imam Mahdi yang akan
datang lagi ke dunia pada akhir zaman, Syiah Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap
Muhammad bin Hassan Al-Asykari, Imam mereka yang kedua belas sebagai Imam
Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan ghaib dan akan keluar lagi sebagai Imam
Mahdi. Dan golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi
masing-masing. Dengan demikian, tidak hairanlah jika Mirza Ghulam Ahmad
yang mendakwa dirinya berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai Imam
Mahdi.
Seperti juga kepercayaan Kristian dan Yahudi, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai
bahawa nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia
biasa. Tetapi berlainan dari Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada
Allah pada tahun 1890 bahawa Isa tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya
apabila beliau pengsan di atas palang, beliau diturunkan dalam keadaan
luka. Kemudian kononnya apabila beliau benar-benar sembuh, beliau pun lari
ke Kashmir dan mati di sana dalam keadaan biasa dan kuburnya terdapat di
Srinagar, Kashmir.
Pada mulanya kepercayaan Mirza kepada nabi Allah Isa a.s. sama dengan kepercayaan
orang-orang Islam yang lain. Tetapi pada tahun 1891 di atas desakan kawannya
Nuruddin, Mirza mendakwa dirinya sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian,
supaya sesuai dengan dakwaannya, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa
Al-Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih
dari kalangan penganut agama Islam dan pengikut Nabi Muhammad saw. Tetapi
ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan
yang sama dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Dan dengan demikian
juga, Isa ibn Mariam itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam
Ahmad) sendiri yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi hujah
ini beliau terus mengatakan bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan
diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan hidup
dan turun ke dunia lagi.
Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya: Fath Al-Ilam,
Tawdhih Al-Maram dan ‘Izalah Al-Awhan.
Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata:
“Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada
satu hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan
Tuhan kepadaku”.
Katanya lagi,
“Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum
diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan pertolongan
dan wahyu Kami”.
Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham
daripada Allah bukan daripadanya sendiri.
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang paling merbahaya dan terakhir sekali ialah
sebagai nabi iaitu pada tahun 1901. Dakwaan ini didahului dengan dakwaan
menerima wahyu daripada Allah di mana bukan melalui malaikat Jibrail tetapi
melalui ilham terus daripada Allah. Beliau mengakui bahawa wahyu melalui
Jibrail hanya kepada rasul yang membawa agama baru. Wahyu seperti itu telahpun
ditutup.
Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang
dirinya sebagai nabi yang sebenar:
“Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus
dan menamakan saya Nabi … dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang
kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti”.
Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya
beliau menyatakan : “Sayalah Muhammad Rasul Allah”.
Selain daripada mengakui menerima ‘wahyu’ daripada Allah yang taraf sahnya
sama dengan wahyu Al-Quran, beliau mengakui juga mempunyai mukjizat. Katanya
: “Nabi Allah itu telah menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat
saya melebihi dari satu juta”.
Dalam risalah ‘Ikjaz Ahmadi’ katanya:
“Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya
menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya”.
Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada Inggeris
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi
penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya ‘Shahadatul-Quran’
edisi keenam, atas tajuk “Untuk Perhatian Segera Pemerintah”, beliau menulis
: “Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti
ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat
kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada
kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris”.
Beliau menambah:
“Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada
kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa
Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana
untuk hidup aman, nikmat bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan
Inggeris”. Dan Mirza menambah lagi: “Saya yakin bahawa dengan bertambahnya
bilangan pengikut-pengikut saya, maka berkuranglah orang yang percaya kepada
jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan
sendirinya menafikan adanya jihad itu”.
Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan
kehendak ayat-ayat Al-Quran. Ini dapat ditunjukkan melalui kata-katanya
di bawah:
-
Jihad dengan pedang telah dilarang;
-
Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah;
-
Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan;
-
Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam
lebih daripada doktrin jihad;
-
Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan
British dan menentang jihad.
Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Satu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan oleh ajaran
Qadiani ialah mengubah ayat-ayat Al-Quran atau disebut ‘Tahrif Al-Quran’.
Tahrif bererti mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran.
Sebarang pengurangan yang sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap
ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan
untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan jelas
adalah juga dipanggil tahrif.
Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah,
ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat
yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza Ghulam Ahmad di dalam Al-Quran.
Segala-galanya adalah untuk menguatkan segala dakwaannnya.
Dakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya
ialah:
1. Para Nabi Menyaksikan dirinya
Dalam bukunya ‘Maktub Ahmad’ halaman 62, Mirza mendakwa:
“Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya
melahirkan seruan saya. Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang. Beliau
menyebut nama saya serta nama kampung saya”.
2. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan
Dalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, Mirza menegaskan:
“Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka
itu sebagai pancainderanya”.
Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah
satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian.
Harian ‘Al-Fadhl’ bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut:
“Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza)
akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di
Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya
daripada menikmati Haji Akbar di Qadian”.
Dalam Harian ‘Al-Fadhl’ Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya:
“Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian.
Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya,
maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya”.
Dalam ‘Bigam Sulhi’ Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi ‘Cawangan Lahore’
menyebut:
“Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah
haji kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak
memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya”.
Ulasan
Munculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari keadaan-keadaan yang tidak
‘normal’ pada diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri dan pada suasana alam sekelilingnya.
Mirza adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha
dan belajar serta mempunyai sikap yang keras. Namun beliau bukan mempunyai
pendidikan yang tinggi dan mendalam di dalam agama Islam. Pengetahuan yang
didapatinya lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri.
Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya ancaman-ancaman
politik dan kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan kejahilan rakyat, memberi
peluang kepadanya untuk muncul sebagai pemimpin yang akhirnya mendakwa
dirinya dengan bermacam-macam dakwaan yang karut. Lebih-lebih lagi beliau
sentiasa digalakkan oleh kawannya Nuruddin yang bukan seorang ahli agama
yang kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama.
Penyelewengan yang nyata dalam ajaran Qadiani bermula dari dakwaan menerima
wahyu dari Allah swt oleh Mirza Ghulam Ahmad. Sebenarnya tiada seorangpun
selepas Nabi Muhammad saw sama ada dari kalangan sahabat atau kalangan
salafussalih yang telah diturunkan wahyu. Dengan demikian, apa yang dimaksudkan
wahyu oleh Mirza Ghulam Ahmad itu adalah rekaan semata-mata.
Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi adalah dakwaan tanpa asas.
Tidak ada orang yang mengetahui dengan tepat siapakah Imam Mahdi itu. Hadith-hadith
berhubung Imam Mahdi hanyalah Hadith ‘Ahad’ dan tidak menjelaskan siapkah
Imam Mahdi itu sebenarnya. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentang
akan lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu. ýDengan demikian,
kemunculan Imam Mahdi itu bukan suatu akidah di dalam akidah Islam.
Gelaran Imam Mahdi yang disebutkan itu adalah rekaan golongan tertentu
untuk mengagungkan pemimpin mereka. Dan Mirza telah mengambil kesempatan
menggunakan nama tersebut untuk dirinya dan mendakwa ianya datang daripada
perintah Allah. Inilah taktik pembohongan Mirza yang selalu dilakukannya.
Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di Srinagar
Di dalam Al-Quran , Nabi Isa a.s. bukan dibunuh dan disalibkan tetapi
rupanya telah diserupakan oleh Allah dengan seorang yang lain. Malah Allah
telah mengangkatnya kehadrat-Nya sebagaimana tersebut di dalam ayat:
“Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan :”Sesungguhnya
kami telah membunuh Al-Masih Isa ibn Maryam, Rasulullah”. Pada hal mereka
tidak memalangnya (dikayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka
(orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang
yang telah berselisih faham tentang (Nabi) Isa, sebenarnya mereka berada
dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu
pengetahuan pun bagi mereka tentangnya selain daripada mengikut sangkaan
semata-mata dan mereka (pula) tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah
telah mengangkat (Nabi) Isa kepada-Nya, dan adalah Allah Maha Kuasa lagi
Maha Bijaksna”.
(An-Nisaa’ : 157 & 158)
Dengan demikian, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. itu tidak
mati di tiang salib atau di mana-mana malah telah diangkatkan Allah ke
hadrat-Nya. Hadith-hadith juga telah menyebutkan demikian. Dengan itu,
kubur ýNabi Isa a.s. tentulah tidak ada di mana-mana juapun.
Dakwaan Sebagai Isa Al-Masih
Dakwaan tersebut oleh Mirza Ghulam Ahmad ternyata karutnya. Ada dua perkara
yang mesti difahami dalam soal ini:
Soal turunnya Isa Al-Masih ke dunia ini bukanlah boleh difahami dengan
mudah. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentangnya.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh An-Nuwwas bin Sam’an r.a. mengatakan
bahawa Rasulullah saw ada menjelaskan ;
‘ … semasa Dajjal itu bermaharajalela, Allah menghantar turun
Nabi Isa Al-Masih anak Maryam. Lalu ia turun berhampiran menara putih yang
letaknya di timur bandar Damsyik. .. maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal
sehingga dapat menawannya di pintu kampung yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya
‘.
(Riwayat Muslim)
Apa yang tersebut di dalam hadith di atas tidak ada kaitan langsung
dengan Mirza. Dengan demilkian Mirza Ghulam Ahmad itu bukan sekali-kali
Isa Al-Masih.
Isa Al-Masih yang disebutkan akan turun ke dunia menjelang kiamat itu jelas
sekali adalah tidak lain daripada Isa anak Maryam dari keturunan Bani Israel
yang tidak berbapa, sedangkan Mirza Ghulam Ahmad adalah berbapa dari keturunan
Borlas dari bangsa Monghul bukan sekali-kali anak Maryam.
Dakwaan Mirza yang paling merbahaya sekali ialah dakwaan dirinya sebagai
seorang nabi. Ayat yang digunakan oleh Mirza untuk menyokong dakwaannya
ialah:
“Bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada salah seorang lelaki
kamu (Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah) malah beliau adalah rasul
(utusan) Allah dan penyudah segala nabi-nabi (yang terdahulu). Dan adalah
Allah itu mengetahui segala-galanya”.
(Al-Ahzab : 40)
Mengikut ajaran Qadiani, maksud ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah bahawa
Muhammad itu adalah mohor (seal) atau pengesah kepada segala nabi-nabi
selepasnya, khasnya Mirza Ghulam Ahmad. Kesilapan dan pembelotan yang dilakukan
oleh Qadiani di sini ialah ia memberi erti “adanya nabi-nabi selepas Nabi
Muhammad” kepada perkataan Khatam Al-Nabiyyin itu. Ini semata-mata untuk
membuka pintu kepadanya mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, sedangkan
makna sebenar ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu ialah tidak akan ada lagi nabi
selepas Nabi Muhammad saw.
Pada zaman sahabat dahulu, setelah wafatnya Rasulullah saw terdapat
orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi umpamanya Musailamah Al-Kazzab.
Mereka ini telah diperangi dan ada yang dibunuh.
Mukjizat ialah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dicabar oleh manusia
yang dianugerahkan Allah kepada Rasul dan Nabi-Nya untuk membuktikan
kenabian atau kerasulan mereka. Misalnya mukjizat Nabi Muhammad saw ialah
keluarnya air dari celah-celah jari Baginda apabila Baginda meletakkan
tangannya di bumi. Oleh kerana Mirza ini bukan nabi dan bukan rasul maka
tentunya beliau tidak mempunyai mukjizat apa-apa. Dan memang beliau tidak
dapat menunjukkan apa-apa mukjizat pun.
Mirza telah melawan hukum Allah swt di dalam Al-Quran apabila beliau menafikan
jihad. Jihad yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah berjuang memerangi
musuh yang menceroboh agama Allah dan umat-Nya. Di dalam Al-Quran, kewajiban
berjihad terhadap seteru-seteru yang merampas hak-hak orang Islam adalah
jelas dan tiada siapa yang menafikannya. Ayat-ayat 190 hingga 194 surah
Al-Baqarah memberi maksud:
“Berperanglah untuk jalan Allah (berjihad) terhadap orang-orang yang
memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui … dan perangilah mereka di
mana sahaja kamu berjumpa, dan usirkan mereka keluar sebagaimana (setakat
mana) mereka telah mengusirkan kamu. Dan fitnah itu adalah lebih
dahsyat daripada pembunuhan.. Dan perangilah mereka hingga tidak ada lagi
fitnah .. “
Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Perbuatan tahrif iaitu mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan
ayat-ayat Al-Quran dengan sengaja adalah dianggap kafir. Setiap orang Islam
yang mempercayai bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah, tidak akan berani
dan sanggup melakukan tahrif demikian.
Lain-Lain Dakwaan Yang Salah
Para Nabi Menyaksikan Mirza
Dakwaaan Mirza yang para nabi seperti Nabi Saleh a.s. menyaksikan dan mengakui
Mirza sebagai Al-Masih adalah satu pembohongan yang amat nyata yang tidak
masuk akal. Kalau itu berlaku di dalam mimpi, maka mimpi manusia tidak
boleh dipegang lebih-lebih lagi tentang perkara yang tidak betul dan tidak
dapat dibuktikan.
Malaikat Pancaindera Tuhan
Kata-kata bahawa malaikat adalah pancaindera Tuhan ternyata sesat dan salah
sekalipun diucapkan dalam bentuk simbolik. Semua makhluk tidak boleh dicantumkan
dengan zat Allah Yang Maha Suci dari segala makhluk-Nya.
Amat sesat jika terdapat dakwaan adanya tempat lain untuk ibadat Haji selain
dari Makkah tempat terletaknya Baitullah. ýPerkara ini sudah jelas
di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Kumpulan Qadian Dan Kumpulan Lahor
(Dikenali Juga Dengan Panggilan Ahmadiah Sahaja).
Antara sifat-sifat penting kumpulan Lahor ini ialah:
Pertama:
Ia tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad tetapi mereka mengakui
ajaran Mirza (Golongan Qadian memang mengakui Mirza sebagai nabi).
Kedua:
Ia mendakwa bahawa Isa itu adalah anak ‘Yusuf tukang kayu’ bukan tidak
berbapa.
Namun kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Qadian dan Kumpulan Lahor adalah
pengikut ajaran Qadiani yang sesat dan terpesong daripada agama Islam itu.
Ajaran Qadiani Di Malaysia
Kedatangannya
Kedatangan ajaran Qadiani ke Malayssia dipercayai pada awal tahun 1930-an.dan
penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura
pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15.
Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana
Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb.
Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.
Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat ooleh
ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed
Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan
ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb. Julai 1951 satu majlis
perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala
Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi
Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama
di Pejabat Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa
golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar
dari Islam.
Kedudukan Ahmadiah/Qadiani Sekarang
Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama
tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 itu,
ajaran ini menjadi makin lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar
dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran
Islam yang sebenar.
Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma
hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara tempat-tempat
yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah:
-
Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan) di sini.
Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah
Inggeris pada tahun 1954. Luasnya kira-kira dua ekar.
-
Sungai Tua : Kira-kira 20 orang pengikut (lelaki dan peremmpuan) terdapat
di sini. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka datang berkumpul di sini.
-
Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau Ahmadiah/Qadiani yang berharga
kira-kira RM1600. Surau ini dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran
itu.
-
Kampung Nakhoda : Pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini.
Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah ‘masjid’
Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja.
Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga
pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu tidak diketahui
orangnya. Mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil. Tiap-tiap pengikut ajaran
ini dikehendaki mengeluarkan 1/16 daripada pendapatan harian mereka kepada
tabung kumpulan ini.
Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin berkurangan
kerana di kalangan mereka ramai yang telah bertaubat dan anggota baru hampir
tidak ada langsung. Gerakan mengembangkan ajaran ini telah lama berhenti
dan orangramai umumnya mengetahui ajaran ini adalah bertentangan dengan
Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut ajaran ini terpisah dari
masyarakat Islam biasa. Anak-anak mreka tidak dapat berkahwin dengan anak
orang Islam dan mereka terpaksa menerima keadaan ini.
|