1. TUJUAN
1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi
maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya
orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman
ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka
adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
1.2. Kajian penjelasan secara sederhana
ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu
kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari
seluruh umat Islam di dunia1. Golongan Syiah ini berpecah
kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut
tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:
i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah
yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq.
Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti
Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah
Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara
tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.
iii. Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan
pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat
di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1.
Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan
Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan
di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan
yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya
sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun
1996).
(1
Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh
Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan
Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)
ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai
Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak
diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.
iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna
Assyariyyah (Imam Dua Belas)
a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula
bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh
ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan
bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang
datang dari Iran.
b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing
apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan
untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar
di Institut Pengajian Tinggi.
c) Beberapa buah kitab utama Syiah
telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke
dalam Bahasa Malaysia, antaranya:
i) Kasyf al-Asrar
Oleh: Ayatullah al-Khomeini
ii) AI-Hukumah al-Islamiah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini
iii) Al-Sabah Min al-Salaf
Oleh: Ayatullah al Murtadza az-
Zubaidi
iv) AI- Usul Min al-Kaft
Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob
al-Kulaini (thn. 1338H)
v) Tahrir al- Wasilah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini
vi) Al-Murajaat
Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin
al-Musawi
vii) Peshawar Nights
Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin
viii) Mafatih al-jittan
Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi
ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)
Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar
al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)
x) Mengapa Aku Memilih Ahlul
Bait a.s?
Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin
al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)
xi) Al-Sahabah
Oleh: Haidar
xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular
ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak,
Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan
antara 300 hingga 500 orang.
Antara gejala-gejala Syiah yang timbul
akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:
i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar
melanjutkan pelajaran ke Iran.
ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah
iii. Meluasnya penyebaran buku-buku
Syiah
iv. Wujudnya sokongan dari golongan
tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik.
v. Wujudnya kesamaran dan keraguan
orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya
dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.
3. PENYELEWENGAN
FAHAMAN SYIAH
Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah
dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan
ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di
Malaysia.
Fahaman dan ajaran ini perlu disekat
keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan
yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah
dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.
3.2.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH.
i. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas
Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan
oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab
Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar,
hal. 78:
Terjemahannya:
Akidah
Kami Tentang Imam Itu
Telah
Sabit Secara Nas.
Kami
(Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan
dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang
dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum
Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh
membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah, sebagaimana
mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang
yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung
bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui,
kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan
ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan
khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan
sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap
wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya
dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari
Ghadir, Ialu baginda bersabda: " Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah
menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah
orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya
dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya.
Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada".
Syiah mempercayai wasi Rasulullah
s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada
anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah
kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada
semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang
terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha
oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 136:
Terjemahannya:
Maka kita
hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang oleh Syiah
Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah mempercayai bahawa
Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang dapat berhujah
daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat yang nyata masyhur
atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan mewasiatkan
kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya pula
kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu Mahdi
al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada
Adam sehinggalah nabi yang terakhir.
ULASAN
Tidak terdapat nas dari al-Quran atau
Hadith-hadith sahih yang j elas maksudnya bahawa Saidina Ali itu ditentukan
sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w.
Oleh kerana itu, para sahabat telah
bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik
sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah bermubaya'ah
dengan Saidina Abu Bakar.
ii. Imam adalah maksum
Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah
maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak
sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada
iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam
adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan
oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail
al-Maqalat yang dipetik oleh Muhamad Jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah
Fi al-Mizan hal. 38.
Terjemahannya:
Ismah ialah
suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan,
di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan
yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat
demikian nescaya ia tidak berhak mendapatpujian dan balasan. Dengan lain
perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan
yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu
syariat dan hukum-hukumn a dan sampai ke martabat yang tidak mela'Kukan
kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut
kepada imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali.
Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai
Imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah
sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud
dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana
nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil
dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan
agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada
keseluruhan mazhab Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang bersifat
ganjil daripada mereka.
Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab
Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72:
Terjemahannya:
Akidah Kami
Tentang Imam itu Maksum
Kami
mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum dan
terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang
tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa
sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain.
Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan orang-orang yang
menegakkan hukum syariat. Keadaan mereka seperti nabi. Bukti yang mendorong
kami berpegang bahawa Imam itu maksum ialah dalil yang mengatakan nabi-nabi
itu maksum. Tidak ada perbezaan (di antara nabi dan imam).
ULASAN
Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith
sohih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbia' sahaja.
Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada
dalil-dalil yang qat'ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti
berikut yang bermaksud:
"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu
yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadith) tidak lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. "
(An-Najm ayat 3 - 4)
"Demi sesungguhnya adalah bagi
kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah
dan senang)"
(AI-Ahzaab ayat 21)
"la memasamkan muka dan berpaling,
kerana ia di datangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui
(tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan
pelajaran Ugama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat
peringatan, supaya peringatan itu memberi manfa'at kepadanya."
(Surah Abasa ayat 1-4)
iii. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut
Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada')
Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud
lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui
sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap
tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j ahil
atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan
oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini
Juzu' 1 hal 146.
Terjemahannya:
"AI-Bada"
ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi
ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami
maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya
itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".
Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan
itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah
kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan yang berlaku.
Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu'
1, hal. 146:
Terjemahannya;
Bab
al-Bada'
Muhammad
bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal daripada
Abu Ishak Tha'labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang daripada
keduanya a.s. katanya, "Tidak ada ibadat yang paling utama seperti al-Bada'.
Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada
Abdullah a.s., "Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti
al-Bada'.
Ali bin
Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim
dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada Abu
Abdullah a.s. katanya mengenai ayat ini maksudnya; "Allah menghapuskan
apa yang ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki".
Sebagai contoh kepada pengertian
al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'far bin Muhammad Al-Baqir telah
menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi.
Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far
bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:
Terjemahannya:
"An-Naubakti
menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail
sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu
daripadanya, maka Jafar berkata, "Tidak ternyata kepada Allah mengenai
sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku
Ismail".
(Kenyataan
ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar
Ba Abdillah hal. 15)
ULASAN
Pendapat yang mengatakan ilmu Allah
berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan
dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci
dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang
bermaksud:
"Allah mengetahui pengkhianatan
(keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui
akan apa yang tersembunyi di dalam hati."
(Surah al-Mukmin ayat 19)
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi
kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit".
(Surah A-li Imran ayat 3)
"Dan pada sisi Allah jualah anak
kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya
melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di
laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak
gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan
yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)
yang terang nyata."
(Surah al-An'am ayat 59)
"Demi TuhanKu yang mengetahui
segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada
kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada
di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang
lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata.
"
(Surah Saba'ayat 3)
"Allah yang menjadi tumpuan sekalian
makhluk untuk memohon sebarang hajat"
(Surah al-Ikhlas ayat 2)
iv. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan
Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Raj'ah)
Mengikut akidah Syiah bahawa golongan
Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula
orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk
menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka terinasuk
para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah,
Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid
al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.
Terjemahannya;
Akidah Kami
Tentang Raj'ah
"Sesungguhnya
pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana mengambil daripada
Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan sesuatu kaum yang
telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu sebahagian daripada
golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan
mana golongan yang benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan golongan
yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi
keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang
yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka
akan mati semula. Begitulah juga dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah
dibangkitktin semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana
Allah S.W.T menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang
akan dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan
mereka itu tidak boleh kembali lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat
kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan
harapan mereka dapat berbuat kebaikan."
Firman Allah yang bermaksud..
" Mereka berkata, wahai tuhan
kami engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali,
lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar (daripada neraka?)"
(Surah al-Mukmin ayat 11)
ULASAN
Konsep raj'ah Syiah ialah mereka mempercayai
Allah akan menghidupkan semula Ahli Bait dan Imam-imam mereka untuk menghukum
para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap telah melakukan kezaliman.
Kemudian mereka mempercayai orang-orang yang telah dihukum ini akan mati
semula dan akan menerima pembalasan daripada Allah S.W.T. Ini berdasarkan
firman Allah surah al-Mu'min ayat 11 yang bermaksud:
"Mereka menjawab; Wahai Tuhan
kami Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali dan telah menjadikan
kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa
kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"
Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog
di antara orang-orang kafir dengan Allah S.W.T. di akhirat di mana mereka
ingin mencari jalan keluar daripada seksaan api neraka dengan memohon kepada
Allah supaya diberi peluang hidup semula ke dunia, mereka mengaku dan insaf
terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan dahulu. Pengertian ini diperkukuhkan
melalui firman Allah yang bermaksud:
"Bagaimana kamu tergamak kufur
(mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian
Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia memati;L-an kamu, kemudian Ia menghidupkan
kamu pula (pada hari akhirat kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya
(untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah al-Baqarah ayat 28)
Kebangkitan dan hukuman di padang
Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan dikenakan kepada semua orang, bukan
hukuman para Imam, ini telah dijelaskan oleh surah-surah berikut:
"Dan (ingatlah) hari Kami bongkar
dan terbangkan gunung ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi
terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka (dipadang Mahsyar) sehingga Kami
tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka."
(Surah al-Kahfi ayat 47)
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya
orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian tetap akan
dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum ."
( Surah al- Waqiah ayat 49)
Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa
dalam ayat tersebut tidak ada konsep raj'ah iaitu menuntut bela dan menghukum
orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas Ahli Bait. Fahaman ini jelas
menunjukkan golongan Syiah salah memahami ayat al-Quran tersebut dan salah
memahami terhadap ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada penyelewengan
akidah.
v. Berpura-pura (al-Taqiyyah)
Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah
menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya
dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah
ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu
dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu'
2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal.
217:
Terjemahannya:
Daripada
Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya
Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan
persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama
bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap
sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".
ULASAN
Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan,
al-Taqiyyah ialah menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut
kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara yang benar. Mengikut
Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri
sifat nifaq berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud:
" Janganlah orang-orang yang beriman
mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang
yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan), yang demikian maka
tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali
kamu hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak
mereka (yang kafir itu).....
(Surah A-li Imran ayat 28)
Sesiapa yang kufur kepada Allah
sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali
orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan
iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menetima kufur, maka atas
mereka tertimpa kemurkaan dadallah dan merekapula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl ayat 106)
Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam
ajaran Islam, yang ada di dalam Islam ialah masalah rukhsah, umpamanya
jika seseorang itu dipaksa dan diugut dengan kekerasan supaya melafazkan
kata-kata kafir, maka waktu itu diharuskan orang itu melafazkannya, tetapi
hatinya tetap dengan iman yang sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana
yang berlaku kepada Ammar bin Yasir, sehingga Allah menurunkan ayat 106
Surah al-Nahl memperakui kebenaran beliau, firman-Nya yang bermaksud:
"Kecuali orang-orang yang dipaksa
(melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman."
vi. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan
kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad
bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang
dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang
melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai
tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam
mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said
al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali
Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai
Ghaibah Sughra.
Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya
Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh
menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh
dihubungi ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab
al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira'Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh
Doktor Musa al-Musawi, hal. 61:
Terjemahannya;
Syiah
Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari itu ialah imam yang kedua
belas bagei Syiah. Ketika wafat tahun 260H, beliau mempunyai seorang anak
yang bernama Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi al-Muntazar.
Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain menyatakan bahawa Imam Mahdi
itu lahir selepas wafat bapanya Imam al-Askari. Sekalipun berkeadaan begitu,
maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan imam selepas ayahnya
dan telah ditentukan oleh ayahnya kepadanya. Kekallah ia tersembunyi selama
65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan Imam Mahdi dalam tempoh
ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukan bagi tujuan ini. Wakil-wakil
itu ialah Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman, Husain
Ibnu Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad al-Saimiri.
Kesemua wakil-wakil yang empat ini
digelar sebagai wakil-wakil khas. Tempoh ini diberi nama "Ghaibah Sughra".
Dalam tahun 229H sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri beberapa bulan,
sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang
tertera di dalamnya "Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna.
Maka ia tidak akan muncul kecuali dengan izin Allah, maka sesiapa yang
telah mendakwa melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu".
Tahun inilah bermulanya "al-Ghaibah
al-Kubra". Semenjak daripada masa itu terputuslah perhubungan golongan
Syiah dengan imam secara langsung. Sehinggalah apabila ada berlakunya dakwaan
seperti itu, maka Syiah menganggap perkara itu dustadengan sebab nas dengan
sebab nas yang terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi
itu. Ini adalah ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan Imam Mahdi
al-Muntazar.
ULASAN
Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah
tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan
al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang
jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan
Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud:
"Daripada Ummu Salamah r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak
Fatimah"
(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan
al-Hakim)
Sabda baginda lagi yang bermaksud,
"Daripada Abu Said r.a. katanya,
Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi
hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama
7 tahun".
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
"Daripada Abdullah bin Mas'ud,
daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada
keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti
namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia
ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.
(Riwayat al-Tirmidhi)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Mahdi itu dari keturunanku, dahinya
luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan
sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia
memerintah bumi selama tujuh tahun."
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak
termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan
asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari
Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya.
Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan
penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang
yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.
vii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada
Saidina Ali
Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan
sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal
Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab
al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197:
Terjemahannya;
Saidina
Ali ra. telah berkata: "Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka bagi pihak
Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi
Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang mukmin dan
munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang munaftk). Sesungguhnya
para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana
mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. senditi,
dan sesungguhnya Allah telah mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana
yang telah dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad untuk mendidik umat
manusia. Nabi Muhammad dipanggil, diberi pakaian dan disuruh bercakap.
Lalu ia pun menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku
dibeilkan beberapa sifatyang tidak diberikannya kepdda seseorang sebelumku.
Aku mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh
dipertikaikan lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. Tidak hilang
daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira dengan izin Allah
dan aku melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang
tinggi kepadaku dengan izin Allah.
ULASAN
Tidak terdapat di dalam al-Quran atau
Hadith sohih yang menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah
apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan yang keterlaluan terhadap
Saidina Ali ini adalah amat menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata.
Nama Saidina Ali tidak terdapat di
dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau seorang Rasul, tetapi
hanya sebagai sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk
syurga. Namun Nabi Muhammmad s.a.w. sendiri tidak disanjung-sanjung dan
dipuja-puja oleh para sahabat secara berlebih-lebihan sehingga melampaui
batas. Ini bertepatan dengan hadith:
Al-Zuhri berkata; Urwah bin al-Zubair
memberitahuku datipada al-Miswar bin Makhramah bin Urwah berkata " Wahai
kaum, demi Allah sesungguhnya aku diutuskan kepada raja-raja dan aku sendiri
diutuskan kepada raja Kaisar Kisra dan raja Najasyi, demi Allah jika engkau
lihat, seseorang raja sahaja yang disanjung oleh rakyatnya, tetapi para
sahabat Nabi Muhammad s.a. w. tdak menyanjung Nabi Muhammad s.a.w."
(RiwayatAhmad)
viii. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah
s.a.w.
Golongan Syiah ini mempercayai bahawa
selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait
dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman
al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar
oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:
Terjemahannya;
Kebanyakan
para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di
zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka
itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang,
dan kerana ini Saidina Ali berkata; " Semua manusia murtad selepas wafat
nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad
dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi".
ix. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman
dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka
Adalah Musuh Allah
Golongan Syiah menuduh Abu Bakar,
Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan
dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan
di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy
al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11
6.
Terjemahannya;
Daripada
Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata " Wahai Abu Hamzah sesungguhnya
yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun
mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah.
Perbuatan sedemikian adalah sesat." (Aku)Abu Hamzah menjawab; "Semoga Allah
memberikan kebaikan kepada engkau." Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalallah
itu? Jawab Abu Jafar; "Membenarkan Allah dan Membenarkan Nabi Muhammad
Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam
yang mendapat pertunjuk selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada
musuh-musuh mereka". Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah.
Kata Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; "Semoga Allah memberi
kebaikan kepada engkau". Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti
aku dapat menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, "Hendaklah engkau
melantik wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau
bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau
't Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh
Allah itu? Lalu ia menjawab, "Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah,
Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah perkara itu
tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki Ja'far, Ialu ia
mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Ja'far dalam
keadaan duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? "Allahlah yang melantik
mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah."
Aku bertanya
lagi, "Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada
engkau." Iajawab, "Empat berhala." Ia bertanya lagi "Siapa empat berhala
itu"? Ia menjawab, "Abu Fusail (Abu Bakar) Rama' (Umar) Nathal (Uthman)
dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua
mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh
Allah."
ULASAN
Terdapat di dalam al-Quran dan Hadith
yang menjelaskan tentang keadilan dan sanjungan terhadap para sahabat yang
membersihkan mereka daripada sebarang tuduhan yang tidak benar. Ini berdasarkan
firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang terdahulu
yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin
dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan
(iman dan taat). Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia
serta la menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya, itulah kemenangan
yang besar".
(Surah al-Taubah ayat 100)
"Kalau kamu tidak menolongnya
(Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika
kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia
salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua,
ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya
Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada
(Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang
kamu tidak melihatnya."
(Surah al-Taubah ayat 40)
"Demi sesungguhnya Allah redha
akan orang-orang yang betiman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia
kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiah),
maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran
iman dan taat setia) yang ada dalam hati meraka, Ialu ia menurunkan semangat
tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang
dekat masa datangnya.
(Surah al-Fath ayat 18)
"Sesungguhnya orang-orang yang
membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu,
janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan
ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman
sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil
bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa
yang besar (di dunia dan di akhirat)."
(Surah al-Nur ayat 11)
Dan orang-orang yang mengganggu
serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan
yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu
kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan
menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata."
(Surah al-Ahzab ayat 58)
Sabda Nabl s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah ra. katanya;
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi
Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu
membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat
menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat
".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Daripada Jabir katanya, Rasulullah
s.a.w. bersabda: Tidak masuk neraka orang-orangyang telah melakukan bai'ah
semasa di bawah pokok ."
(Riwayat al-Tirmidhi)
Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Daripada Ibnu Umar ra. katanya
kami memilih memilih para sahabat di zaman Nabi s.a.w., Ialu kami memilih
Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan ra.."
( Riwayat al-Bukhati)
x. Hanya Ali
dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.
Golongan Syiah menganggap bahawa
tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan
sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul
Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu' 1, hal. 228.
Terjemahannya;
Tidak
Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya
Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya.
"Muhammad
bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru
bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; " Aku mendengarabu Ja far a.s.
berkata, " Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia
telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan,
melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana yang diturunkan
oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam selepasnya a.s."
Muhammad
bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan
daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir daripada
Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, "Seseorang tidak boleh mendakwa
bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir dan batinnya selain dadpada
para wasi."
Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai
mashaf Fatimah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi
oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal. 238 - 240.
Terjemahannya:
Abu Abdullah
berkata,
Kami
mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak mengetahui apa dia mashaf Fatimah
itu. Abu Basir bertanya, "Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab,
" Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga kali ganda besarnya.
Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti al-Quran kamu ini." Abu Basir
berkata lagi demi Allah sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Abu
Abdullah berkata; "Sesungguhnya Allah itu mengetahui, tetapi tidaklah yang
sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran Ahli Sunnah Wal Jamaah)
Kemudian
Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia berkata, "Sesungguhnya kami mempunyai
ilmu yang telah berlaku dan yang akan berlaku sehingga kiamat" Abu Basir
bertanya, "Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah sahaja yang mengetahui.
Abu Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui, tetapi tidaklah
seperti yang demikian."
Yang
dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Ja'far bin Muhammad al-Sadiq.
Abu Basir
berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang dimaksudkan
dengan ilmu itu? Abu Abdullah menjawab, "Apa yang b~ di waktu malam dan
siang, terjadi sesuatu perkara selepas sesuatu perkara sehinggalah hari
kiamat."
Beberapa
orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin Muhammad daripada Umar bin
AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, "Aku pernah men-dengar Abu
Abdullah berkata, "Orang-orang Zindiq akan muncul tahun 128H. Ini berdasarkan
bahawa aku pernah melihat dalam mashaf Fatimah a.s. " Hammad bertanya,
"Apakah yang dimaksudkan dengan mashaf Fatimah itu?" Abu Abdullah menjawab,
"Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia mengambil nyawa nabi s.a. w, terdengar
sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu merasa dukacita di atas kewafatan
nabi s.a.w yang tidak diketahui melainkan Allah S.W.T Lalu Allah mengutuskan
seorang malaikat kepadanya yang dapat menghiburkan kedukaannya." Lalu Fatimah
mengadu perkara yang demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata,
"Apabila engkau merasai demikian dan engkau mendengar suara demikian, maka
beritahulah kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian.
Lalu Amirul Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah
menjadi satu mashaf ." Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata, "sesungguhnya
tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal dan haram,
tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu yang akan berlaku."
Beberapa
orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin
al-Hakam daripada al-Husain Ibnu Abu 'Ala' katanya, aku mendengar Abu Abdullah
berkata, 'Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad ",,Abu 'Ala'bertanya, "Apakah
yang ada di dalam al-jafr al-Abyad?". Jawabnya, "di dalamnya ada kitab
Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa, Suhuf Nabi Ibrahim a.s.
dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak terfzkir terdapat di
dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya terdapat apa saja yang diperlukan
oleh manusia sehingga kami tidak perlu lagi kepada seseorangpun, walaupun
satujildah atau setengah atau seperempat atau sekecil-kecil perkara."
Diriwayatkan juga terdapat mashaf
Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga
kali ganda daripada mashaf Uthmani. Perkara ini dinyatakan dalam kitab
Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa - ilmi oleh al-Kulaini hal
443-446
Terjemahannya:
Muhammad
bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman bin Abu
Hashim daripada Salim bin Salamah katanya;
"Seorang
lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Ja'far bin Muhammad
al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya)
itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai. Lalu Abu Abdullah
a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah
al-Quran sepertimana orang ramai membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi
al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan
membaca kitab Allah (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah)
pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali
a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis
mashaf tersebut). Sambil berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah
(al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
s.a.w. dan sesungguhnya aku telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran
itu mereka berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di
dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut.
(mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan
melihatnya selepaa hari kamu ini selama-lamanya. Hanya sesungguhnya menjadi
tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya
supaya kamu dapat membacanya."
Ali bin
al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s. katanya;
"Sesungguhnya
al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi
17,000 ayat."
ULASAN
Golongan Syiah menganggap hanya Ali
dan para Imam sahaj a yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempuma.
Perkara seumpama ini jelas bertentangan dengan al-Quran, Firman Allah yang
bermaksud:
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan
bagi kamu agama kamu danaku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku
telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".
(Surah al-Maidah ayat 3)
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya"
(Surah al-Hijr ayat 9)
Mashaf yang ada pada hari ini telah
dikumpul di zaman para sahabat dan sampai kepada tabi'in dan atba' tabi'in
dengan cara mutawatir. Para sahabat telah ijmak menerimapakainya dengan
sebulat suara. Dalam masa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak menolak
penyusunan al-Quran atau membuat sebarang tokok tambah dan perubahan yang
ada pada zaman sahabat itu. Malah beliau menerima dan memperakuinya, serta
beliau menyuruh Abu Aswad Ad-Duali meletakkan baris dan titik pada huruf
al-Quran mashaf Uthmani untuk lebih mudah membacanya.
xi. Menghalalkan Nikah Mut'ah.
Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut'ah.
Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu
Ja'far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babawaih al- , Juzu' 1 hal. 358:
Terjemahannya:
Adapun mut'ah
maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya
sehinggalah baginda wafat.
Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan
dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali
bin al-Husain, hal: 358
Terjemahannya:
"Bukan
dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Raj'ah dan tidak menganggap halal
mut'ah kita".
Mengikut ajaran dan fahaman Syiah,
perkahwinan Mut'ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan
ini disebutkan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa
oleh Abu Ja'far Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489:
Terjemahannya:
"Adapun
saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya
bukan dapipada syarat-syarat
mut'ah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang itu dituduh
berzina, maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua orang saksi
ketika akad."
ULASAN
Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith
sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah
Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah:
Daripada Ali bin Abu Talib katanya:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar
dan melarang juga memakan daging kaldai jinak".
(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
Daripada al-Rabi' bin Sabrah daripada
bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi s.a. w. semasa haji Wida'
di mana Baginda bersabda: "Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan
kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah
mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan
mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah
kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
Daripada Ibnu Umar katanya, ketika
Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada
orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan
kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya.
Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah
sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan
batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan
bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri
telah mengharamkannya."
(Riwayat Ibnu Majah)
"Daripada Rabi' bin Sabran daripada
bapanya bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut'ah."
(Riwayat Abu Daud)
xii. Menambah Syahadah.
Golongan Syiah menambah nama Saidina
Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan
di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 441:
Terjemahannya:
Sahal
bin Ziad daripada Muhammad bin al-Walid katanya aku mendengar Yunus bin
Yaacob daripada Sinan bin Tarif daripada Abu Abdullah a.s. katanya Abu
Ja'afar berkata, "Sesungguhnya kami ialah Ahli Bait yang pertama yang disebutkan
oleh Allah nama-nama kami. Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi.
Ia menyeru malaikat lalu ia menyeru "Asyhadu alla ilaha illAllah" tiga
kali "wa asyhaduanna Muhammadan rasulullah" sebanyak 3 kali.
ULASAN
Golongan Syiah menambah nama Saidina
Ali dalam syahadah. Perkara ini jelas bertentangan dengan al-Quran dan
Sunnah yang menyebut bahawa syahadah hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya
sahaja, tidak kepada Saidina Ali. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Apabila orang-orang munafik datang
kepadamu (wahai Muhammad) mereka berkata, "Kami mengakui bahawa sesungguhnya
engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui
bahawa engkau ialah RasulNya serta sesungguhnya pengakuan mereka adalah
dusta."
(Surah al-Munaftqun ayat 1)
Nabi Muhamad s.a.w. ialah Rasul
Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap
orang-orang kafir yang (memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap kasih sayang
serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).....
(Surah al-Fath ayat 29)
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
Islam itu dibina di atas lima
perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya
Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakatt,
mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan"
(Riwayat Ahmad, al-Bukhati, Muslim,
Tirmidhi dan al-Nasai)
Sabda Nabi lagi bermaksud:
"Daripada Umar ra. katanya Rasuluilah
s.a. w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab,"Islam ialah engkau
menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan.
Ia berkata "Engkau benar... "
(Riwayat Muslim)
Jelas daripada hadith-hadith di atas
bahawa tidak ada langsung penambahan nama SaidinaAli selepas nama nabi
Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian menambah nama
Saidina Ali di dalam syahadah, tidak boleh diterimapakai di dalam ajaran
Islam.
xiii. Menolak Hadith Yang Diriwayatkan
Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua
hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun
hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada
Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja. Pegangan ini disebut di-dalam
buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita'
halaman 149:
Terjemahannya:
Di antaranya
bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith
yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait
daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Jafar al-Sadiq
daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain
al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w.
(Allah meredai mereka semua).
Syiah juga tidak menerima hadith-hadith
Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah al-Rasyidin (kecuali
Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah
bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru bin
al-As. Apa yang mereka terima ialah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh
Saidina Ali dan Ahli Bait. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah
Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita', hal. 149:
Terjemahannya:
Adapun
hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu Hurairah, Samurah Ibnu Jundub,
Marwan bin al-Hakam dan Umran bin Hattan al-Khariji dan Amru bin al-As
dan orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak diktiraf walaupun
sekadar seekor nyamuk dan perkara ini sudah diketahui ramai tanpa perlu
disebut-sebut. Mejoriti Ulama Sunnah telah mengecam mereka dan menunjukkan
kesalahan-kesalahan mereka yang buruk ini.
ULASAN
Syiah meyakini para sahabat telah murtad,
dengan demikian kedudukan mereka sebagai perawi hadith adalah tidak adil.
Perkara ini bertentangan dengan al-Quran dan Hadith-hadith sohih
kerana al-Quran sendiri telah menyebut para sahabat adalah adil dan diberi
pujian yang tinggi. Oleh yang demikian segala periwayatan yang dibawa oleh
mereka hendaklah diterimapakai dan dihayati oleh seluruh umat Islam sepanjang
zaman.
3.2.2 PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT
i. Menolak ljmak Ulama
Golongan Syiah tidak menerimapakai ijmak
ulama, buktinya mereka menolak perlantikan khalifah Abu Bakar, Umar dan
Uthman, malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana
ijmak pada mereka ada kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum.
Perkara ini dinyatakan di dalam
kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-lthna Asyariyyah
oleh Shah Abdul Aziz al-lmam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal
5 1.
Terjemahannya:
Adapun
ijmak ia juga adalah batil, kerana ia merupakan hujah yang tidak ada asalnya.
Bahkan ini disebabkan kata-kata imam maksum terkandung di dalamnya. Perkara
ini adalah berdasarkan kata-kata imam maksum dan bukannya ke atas ijmak
itu sendiri.
Kemaksuman
imam dan perlantikan mereka adalah sabit samada dengan perkhabaran imam
itu senditi atau perkhabaran imam maksum yang lain. Sesungguhnya perkara
yang ini telah jelas dan begitulah ijmak generasi Islam yang pertama dan
kedua iaitu sebelum berlakunya perselisihan di kalangan umat, juga tidak
diambil kira, kerana mereka telah berijmak di atas perlantikan Abu Bakar
sebagai Khalifah, haram kahwin mut'ah, menyelewengkan al-Quran, menegah
nabi daripada menerima pesaka, merampas tebusan daripada perawan dan selepas
berlaku perselisihan di kalangan umat dan perpecahan di kalangan mereka,
bagaimana ijmak boleh berlaku lebih-lebih lagi dalam masalah khilafiah
yang perlu kepada hujah yang pasti.
ULASAN
Golongan Syiah tidak menerima pakai
ljmak Ulama, buktinya mereka tidak menerima kesohihan perlantikan Saidina
Abu Bakar, Umar dan Uthman, sedangkan para sahabat termasuk Saidina Ali
sendiri mempersetujuinya.
Begitu juga telah ljmak Ulama tidak
berlaku penyelewengan terhadap al-Quran. Mereka menolak ljmak kerana Imam-imam
mereka maksum. Dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ljmak Ulama dan Qias
adalah termasuk di dalam sumber perundangan Islam selepas al-Quran dan
hadith nabi s.a.w. Kedua-dua sumber tersebut boleh dijadikan sebagai dalil
untuk berhujah bagi mensabitkan sesuatu hukum syarak. Ini berdasarkan firman
Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika
kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasulnya,
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya"
(Surah AI-Nisa'ayat 59)
Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah S. W. T tidak
menyetujui Umatku atau umat Nabi Muhammad bersepakat di atas kesesatan"
(Riwayat al-Tirmidhi)
Menolak sesuatu yang telah diijmakkan
oleh sahabat, sedangkan Saidina Ali sendiri telah mengakuinya, ini bererti
menolak kewibawaan dan kesiqahan Saidina Ali sendiri sebagai imam mereka
yang didakwa sebagai maksum.
Abdullah bin Mas'ud berkata:
.... Sesuatu yang baik yang disepakati
oleh orang-orang Islam, maka ianya di sisi Allah adalah baik dan begitulah
sebaliknya.
ii. Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias, kerana
beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan di dalam
kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Al-Husain Ali Kasyif al-Ghita',
hal. 149:
Terjemahannya:
Diantaranya
bahawasanya Syiah Imamiah tidak beramal dengan Qias dan sesungguhnya ia
telah menjadi mutawatir di sisi imam-imam mereka. Sesungguhnya syariat
apabila diqiaskan akan merosakkan agama dan boleh mendedahkan kerosakan
amal dengan menggunakan qias itu dan ia memerlukan kepada keterangan yang
lebih lanjut yang tidak muat ruangan di sini.
ULASAN
Golongan Syiah tidak beramal dengan
Qias kerana Imam-imam mereka berpendapat bahawa syariat apabila diqiaskan
akan merosakkan agama. Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran, Sunnah
Rasulullah s.a.w. dan ijmak ulama'.
Permasalahan dalam kehidupan dunia
ini adalah sangat luas dan akan berkembang dari satu masa kesatu masa.
Oleh yang demikian sekiranya tidak boleh menggunakan Qias akan menyebabkan
agama menjadi jumud dan sempit. Justeru itu qias amat perlu sebagai salah
satu kaedah di dalam mengeluarkan hukum syarak. Ini berdasarkan firman
Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan apabila datang kepada mereka
sesuatu berita mengenai keamanan dan kecemasan, mereka terus menghebahkannya,
padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada
Uli'I-Amti (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka. Tentulah hal itu
dapat diketahui oleh orang- orangyang layak mengambil keputusan mengenainya
di antara mereka......
(Surah al-Nisaa' ayat 83)
Ini bertepatan dengan sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud,
"Daripada Anas ra. daripada Nabi
s.a.w. sabdanya: Tiga perkara yang sesiapa memilikinya nescaya ia akan
memperolehi kemanisan iaitu bahawa Allah dan rasulNya lebih dikasihi kepadanya
daripada yang lain, dan bahawa ia mengasihi seseorang kerana Allah semata-mata
serta ia benci kalau sekiranya ia kembali kepada kekufuran sebagaimana
ia benci dicampakkan di dalam api neraka."
(Riwayat al-Bukhari)
Hadith mengenai kisah Muaz bin Jabal
sangat jelas tentang perakuan nabi s.a.w. berhubung penggunaan Qias, sabdanya
yang bermaksud,
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
telah mengutus Muaz ke Yaman, Ialu Baginda bertanya: Bagaimana engkau hendak
menghukum? Ia menjawab, aku menghukum berdasarkan kitab Allah (al-Quran).
Baginda bersabda, sekiranya tidak terdapat di dalam kitab Allah. Ia menjawab;
menghukum berdasarkan Sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya lagi; sekiranya
tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah, la menjawab; aku berijtihad
dengan fikiranku. Baginda pun bersabda; Alhamdulillah (segala pujian bagi
Allah) yang telah memberikan tauftk kepada utusan Rasulullah s.a.w."
(Riwayatal-Tirmidhi)
iii. Mengamalkan Nikah Mut'ah
Golongan Syiah masih meneruskan amalan
nikah Mut'ah yang pemah diharuskan diperingkat awal Islam di dalam keadaan
dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkan nikah ini sehingga sekarang.
Dengan ini menunjukkan bahawa mereka menolak permansuhan syariat tersebut.
Mereka berpendapat bahawa nikah Mut'ah adalah diharuskan di dalam syariat
Islam. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh
Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhamad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal. 489:
Terjemahannya:
Nikah
mutah adalah diharuskan dalam syariat Islam sebagaimana kami menyebutnya
daripada akad seseorang lelaki ke atas seorang perempuan mengikut tempoh
yang tertentu dengan mas kahwin yang tertentu.
Ciri-ciri
nikah Mut'ah ialah akad, tempoh dan mahar. Dalam nikah Mut'ah ditetapkan
tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, samada sebulan atau setahun
atau sehari. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad
al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far bin Muhammad bin AI-Hassan bin Ali
AI-Tusi. hal. 491:
Terjemahannya:
Adapun
tempoh nikah mutah ialah mengikut keredaan pasangan kedua-duanya sama ada
sebulan atau setahun atau sehari.
Nikah mut'ah boleh dilakukan dalam
tempoh satu jam atau dua jam, sehari, dua hari atau semalaman. Perkara
ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far Muhammad
bin al-Hasan al-Tusi. hal. 266:
Terjemahannya:
Muhammad
bin Yacob daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada
Ibnu Faddhal daripada Abu Bukair daripada Zararah katanya Aku (Zararah)
bertanya kepadanya (Abu Jayar) adakah harus seorang lelaki bermutah dengan
seorang perempuan sejam atau dua jam. Jawabnya; "Satu atau dua jam tidak
terhenti kepada sempadan kedua-duanya, tetapi boleh dilakukan sekali atau
dua kali, sehari atau dua hari dan semalaman dan seumpamanya."
Nikah Mut'ah boleh dilakukan dengan
perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga
perempuan pelacur. Apabila dilakukan akad hendaklah disebut mahar dan tempoh
yang diredhai oleh kedua-duanya. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk
gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Perkara ini dinyatakan di dalam
kitab al-Nihayah Fi Mujarad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad
bin al-Hasan bin Ali AI-Tusi. hal. 490 - 491 dan kitab Tahzib al-Ahkam
oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 254:
Terjemahannya:
"Tidak
mengapa bermut'ah dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan makruh bermutah
dengan perempuan Majusi, tetapi ianya tidak dilarang".
"Muhammad
bin Ahmad bin Yahya daripada Abbas bin Ma'arof daripada Sadan bin Muslim
daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah katanya, "Tidak mengapa mengahwini
anak dara apabila ia redha walaupun tanpa izin kedua ibu bapanya".
"Tidak
mengapa bermutah dengan perempuan pelacur kecuali lelaki itu menghalangnya
daripada pelacuran setelah akad dilakukan."
"Apabila
hendak berakad hendaklah disebut mas kahwin dan tempoh yang diredai oleh
pasangan dan sekurang kurang mas kahwin ialah semangkuk gula atau setapak
tangan makanan atau seumpama yang demikian itu."
Dalam nikah mut'ah tidak ditentukan
bilangan wanita yang dimut'ahkan, boleh dilakukan sampai seribu orang wanita.
Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja' far
Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. juzu' 1, hal. 259:
Terjemahannya:
Daripada
Ubaid bin Zararah daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s. katanya,
disebutkan kepadanya tentang mutah adakah dihadkan kepada empat orang sahaja?
Jawabnya "Kahwinlah perempuan-perempuan itu walau sampai seribu orang kerana
mereka itu merupakan perempuan-perempuan yang disewakan".
ULASAN
Nikah mut'ah ini sebenarnya telah dimansuhkan
oleh ayat-ayat Al-Quran yang bermaksud seperti berikut:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan mereka
yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka
yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)"
(Surah al-Mu'minun ayat 1-4)
Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau
dan umatmu), hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah
mereka pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya, dan hitunglah masa iddah
itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah
kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai
iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali
(iika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan
hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar
aturan-aturan hukum Allah, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada
ditinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh
jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
(Surah al-Talaq ayat 1)
" Dan bagi kamu seperdua dati
harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai
anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh seperempat dari
harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan
dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula
seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.
Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu)
ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat
yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati
yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak
atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara
perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam.
Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang,
maka mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki
dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh simati,
dan sesudah dibayar hutangnya, wasiat-wasiatyang tersebut hendaklah tidak
mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah
ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar."
(Surah al-Nisaa'ayat 12)
"Dan orang-orang yang meninggal
dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah
isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh
hail. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya
bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara
yang baik (yang diluluskan oleh Syara '). Dan (ingatlah), Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah ayat 234)
Orang-orang Islam di zaman itu telah
ijmak bahawa nikah Mut'ah telah dimansuhkan dan haram melakukannya. Nikah
tersebut dimansuhkan oleh ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w.
Nikah Mut'ah bukan suatu pernikahan
dalam Islam, malah ia merupakan amalan Jahiliyah. Dengan itu perempuan
yang dinikahkan mut'ah bukanlah isteri atau hamba, tidak boleh mewarisi,
tidak sabit nasab dan tidak wajib nafkah. Nikah mut'ah amat jelas bertentangan
dengan al-Quran, hadith Rasulullah s.a.w dan ljmak Ulama. Di mana para
sahabat tidak mengingkari kata-kata Saidina Umar yang akan merejam dengan
batu orang yang melakukan nikah mut'ah. Beliau berkata, " Nikah Mut'ah
merosakkan konsep nikah, talak, iddah dan pesaka. ((3) AI-lmam al-Fakhr
al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, juzu 10, cetakan ke 11 Dar al-Kutub al- Ilmiah,
Tehran hal. 50.)
4) Alauddin Ali bin Muhamad bin Ibrahim
al-Baghdadi, al-Syahir bi al-Khazin, Tafsir al-Khazin, al-Musamma Lubab
al-Ta'wil Fi Maami al-Tanzil, Wa Bihamisyihi Tafsir al-Baghawi al-Ma'ruf
Bi Maalim al-Tanzil, Juzu 1, Dar al-Fikr, Beirut Lubnan hal. 506-507.
5) Ibid. Hal. 507
3.2.3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM.
i. Menziarahl Kubur Saidina Husain,
Ganjarannya Syurga
Syiah mendakwa bahawa orang yang
menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan
di dalam kitab al-lrsyad oleh as-Syeikh al-Mufid
halaman 252. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
Terjemahannya;
"Sesiapa
yang menziarahi Husain selepas wafatnya nescaya ia akan memasuki syurga"
ULASAN
Tidak terdapat di dalam al-Quran dan
hadith sahih Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur
Saidina Husain akan memasuki syurga. Tetapi yang jelas di dalam hadith
nabi s.a.w yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur nabi s.a.w.
akan pasti mendapat syafaatnya. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w
yang bermaksud,
" Sesiapa yang menziarahiku di
Madinah dengan tulus ikhlas, nescaya aku akan menjadi saksi dan pemberi
syafaat kepadanya pada hari kiamat."
( Riwayat al-Baihaqi)
ii) Menyiksa Tubuh Badan Sempena
10 Muharram.
Golongan Syiah mengadakan upacara
memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi
kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Syiah
Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', oleh Doktor Musa
al-Musawi, hal. 98:
Terjemahannya:
Perlu kami asingkan satu pasal yang
khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala
dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung
di atas kematian Saidina Husain.
Amalan
yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim
perayaan sempena kematian syahid Saidina Husain. Amalan ini berlaku di
Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lubnan pada setiap tahun.
Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah
di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak
bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak
banyak diperkatakan. Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang
lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad
lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum
ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan
kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan
qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal
qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan
dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:
"Berapa
ramai orangyang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang
mengalir dan mereka yang terbunuh."
Penyair
tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa Imam-imam Syiah
merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima
ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka
mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan
qasidah bagi mengingati syahidnya Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah
s.a.w. dan kelebihan-kelebihan mereka.
ULASAN
Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh
badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah
bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang
oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud,
"Bukanlah daripada golongan kami,
orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik
sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam Islam telah ditentukan adab
sopan ketika menziarahi jenazah iaitu dengan membanyakkan doa ke atas simati
supaya diampunkan dosanya. Dilarang meraung-raung ke atas kematian seseorang,
tetapi dibolehkan menangis tanpa suara yang kuat. Ini bertepatan dengan
sabda nabi s.a.w. yang bermaksud,
"Daripada Ibn Umar ra., bahawasanya
Rasulullah s.a. w. telah menziarahi Saad bin Ubadah bersama-sama baginda
ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqqas dan Abdullah bin Mas'ud,
Ialu Rasulullah s.a.w. menangis. Maka apabila orang ramai melihat Rasulullah
s.a.w. menangis, merekapun menangis, lalu Baginda bersabda, " Tidakkah
kamu mendengar bahawasanya Allah
S. W. T tidak akan menyeksa (mayat)
kerana air mata dan kesedihan hati, tetapi Allah S. W. T menyiksa atau
merahmati seseorang kerana ini, lantas Baginda menunjukkan lidahnya."
(Riwayat al-Bukhail dan Muslim)
ii. Menghina Isteri-isteri Nabi
s.a.w.
Golongan Syiah juga jelas menghina
isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tuhfah al-'Awam
Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain. hal. 330:
Terjemahannya:
"Ya Allah,
laknatlah olehmu dua berhala Quraisy dan dua Thagut, dua pendusta, dua
anak perempuannya yang mana mereka berdua menyalahiperintah engkau, mengingkari
wahyu engkau, mengingkari nikmat engkau dan menderhaka terhadap wahyu engkau
dan mengubah ugama engkau dan menyelewengkan al-Quran dan mencintai seteru
engkau dan mengingkati nikmat batin engkau dan menggagalkan perkara perkarafardhu
engkau dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali engkau dan
melantik musuh engkau dan memerangi negara engkau dan merosakkan hamba-hamba
engkau. Ya Allah laknatlah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka berdua
dan wali-wali mereka dan penyokong-penyokong mereka, kekasih-kekasih mereka.
Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan institusi kenabian."
ULASAN
Isteri-isteri Nabi adalah Ummahatul
Mukminin. Merekajuga adalah tergolong dalam kalangan sahabat Rasulullah
s.a.w. yang adil. Oleh itu haram bagi orang mukmin menikahi mereka selama-lamanya,
selepas wafat Rasulullah. Mereka wajib dihormati dan tidak boleh dicaci
dan dicela rnereka. Ini dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud,
"Nabi itu lebih menolong dan lebih
menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada dial mereka sendiri
dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka........
(Surah al-Ahzab ayat 6)
Firman Allah S.W.T. lagi yang bemaksud,
... Dan kamu tidak boleh sama
sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isterinya
sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu
adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
(Surah al-Ahzab ayat 53)
Merekajuga merupakan orang yang bekerjasama
dengan Nabi s.a.w. dalam meyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam kepada
masyarakat di zaman mereka.
iv. Mengharuskan Jamak Sembahyang
Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak
sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak
dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini
dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima
Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy,
terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) hal. 36:
Ja'fari:
Harus menjamakkan di antara sembahyang Zohor dan 'Asar, Maghrib dan 'Isya'
sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebarang sebab.
ULASAN
Mengamalkan sembahyang jamak tanpa sebab
secara berterusan adalah beitentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan amalan
para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam syariat Islam, kedudukan hukum dipandang
melalui kemudahan atau kesulitan melaksanakannya iaitu yang disebut Azimah
dan Rukhsah. Azimah ialah sesuatu hukum yang kekal dengan hukum asalnya.
Ia tidak berubah dengan adanya sebab-sebab seperti sembahyang lima waktu
dikekalkan jumlah rakaat mengikut waktunya. Manakala Rukhsah ialah suatu
hukum yang diharuskan kepada orang Islam melakukannya disebabkan adanya
sebab-sebab keuzuran dan kesulitan dan sekiranya tanpa sebab-sebab di atas,
haram berbuat demikian, seperti sembahyang jamak dan qasar diharuskan pada
masa musafir (6).
v. Imamah dan Khilafah Sebahagian
daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui Nas
Golongan Syiah mendakwa Imamah dan
Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
Perkara ini dinyatakan di dalam buku
Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar
al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 145-146:
Ja'fari:
Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui
nas.
ULASAN
Pendapat ini hanyalah rekaan semata-mata,
sedangkan di dalam Islam jelas menyatakan bahawa rukun Islam hanyalah lima
perkara sahaja. Ini adalah berdasarkan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,
"Islam itu dibina di atas lima
perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya
Nabi Muhammad s.a. w. pesuruh Allah, menditikan sem-bahyang, mengeluarkan
zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan "
(RiwayatAhmad, al-Bukhati,Muslim,
Tirmidhi dan al-Nasai)
vi. Sembahvang Duha Adalah Bid'ah
Golongan Syiah mendakwa sembahyang Duha
adalah bid'ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran
Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan
bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terj emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim
hal. 31:
Ja'fari:
Sembahyang Duha adalah bid'ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran
itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah s.a. w. yang ditiwayatkan oleh al-Humaidi
di dalam al-Jami'Baina al-Sahihain daripada Marwan al-'Ajali, dia berkata
: Aku berkata kepada Ibn Umar, "Anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab,
tidak. Aku pun bertanya lag4 Abu Bakr? Dia menjawab: "Tidak, " Aku bertanya
lagi: Nabi s.a.w.? Dia menjawab: "Tidak." Humaidi pula meriwayatkan datiaisyah
di dalam MusnadAisyah, dia berkata, sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak pernah
mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah bin Umar juga berkata, "Sembahyang
Duha adalah bid'ah dati segala bid'ah. "
ULASAN
Pendapat di atas bertentangan dengan
hadith-hadith sahih yang menyebut tentang pensyariatan sembahyang Duha
ini. Antara hadith-hadith tersebut ialah:
"Daripada Abu al-Darda'ra. katanya
Nabi Muhammad s.a.wtelahmenasihatkankutentang3perkarayangaku tidakpernah
meninggalkannya selama aku hidup iaitu berpuasa 3 hail bagi tiap-dap bulan,
sembahyang Duha dan aku tidak tidur kecuali aku telah mengerjakan witir".
(Riwayat Muslim Abu Daud dan al-Nasai)
"DaripadaAbu Hurairah ra. katanya:
Telah menasihati daku oleh kekasihku s.a.w. dengan berpuasa tiga hari bagi
setiap bulan, sembahyang dua rakaat Duha dan aku mengeilakan sembahyang
witir sebelum aku tidur".
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud
dan al-Tirmidhi)
"Daripada Abu Zar r.a. daripada
Nabi s.a.w. sabdanya: Setiap pagi setiap anggota kamu bersedekah, setiap
tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah
sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh dengan kebaikan adalah
sedekah dan menegah daripada kemungkaran adalah sedekah dan memadailah
dengan yang sedemikian itu dengan menditikan sembahyang Duha dua rakaat".
(Riwayat Muslim)
vii. Islam Bukanlah Syarat
Wajibnya Haji
Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah
syarat wajibnya Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran
Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan
bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi.Ibrahim
hal. 55:
Ja:fari: Islam bukanlah syarat
wajibnya haji.
ULASAN
Perkara ini amat bertentangan dengan
al-Quran dan hadith. Telah jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah
ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji
dan Umrah kerana Allah',"
Ayat ini dengan jelas menyatakan
perintah Allah kepada orang-orang yang beragama Islam sahaja dan tidak
ditujukan orang-orang yang bukan Islam. Sementara hadith Nabi s.a.w. yang
bermaksud:
"Wahai manusia, ambillah (daripadaku)
cara-cara mengerjakan haji kamu, maka sesungguhnya Aku tidak mengetahui
kerana berkemungkinan aku tidak dapat lagi mengerjakan haji lagi selepas
tahun ini."
(Riwayat al-Nasai)
Hadith ini ditujukan kepada para
sahabat Nabi yang beragama Islam sahaja. Sementara hadith yang diriwayatkan
oleh Muslim daripada Ibnu Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud,
"Islam itu dibina di atas lima
perkara iaitu, mengucap dua kalimah syahadah bahawa sesungguhnya tiada
tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi
Muhammad ialah Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa
pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."
Jelas hadith di atas menerangkan
kepada kita bahawa antara ciri-ciri seorang Islam itu ialah mengerjakan
haji, sedangkan mengerjakan ibadat haji bukanlah menjadi amalan orang-orang
bukan Islam. Sementara ibadat haji yang dilakukan oleh orang-orang musyrik
di zaman Jahilliyyah dahulu adalah dengan cara bertela ' niang. Apakah
cara mengerjakan haji seperti itu sesuai diamalkan di zaman sekarang ini
dan berhujah mengatakan Islam bukan syarat wajib haji, sedangkan perbuatan
seumpama itu tidak diterima Allah dan tidak boleh diterima pakai di zaman
ini. Sudah jelas apabila datangnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w., dengan sendirinya amalan-amalan di zaman Jahiliah itu telah ditolak
oleh Islam.
viii). Wajib Menyapu Kedua Dua
Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Keduanya.
Golongan Syiah mendakwa wajib menyapu
kedua-kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Perkara ini
dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima
Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy,
ter . emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13 - 14:
Ja'fari:
Wajib menyapu kedua kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua duanya.
Ini juga adalah pendapat sebahagian para sahabat, tabiin seperti Ibn Abbas,
Iktimah, Anas, Abu al-Aliyah dan al-Syabi.
ULASAN
Pendapat ini adalah bertentangan dengan
prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dan para Qurra' dan Ahli-ahli Tafsir yang
muktabar. Jelas dinyatakan di dalarn hadith Nabi bahawa anggota wuduk yang
wajib dibasuh termasuklah kaki. Sebagaimana sabda Baginda yang bennaksud,
"Dari Humran, bahawa Uthman bin
Affan r.a. (minta dibawakan kepadanya) air untuk mengambil wuduk, Ialu
ia berwuduk iaitu (mula-mula) ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali,
kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air kehidung serta meng-hembuskannya,
kemudian ia membasuh mukanya tiga kali, kemudian ia membasuh tangan kanannya
meliputi siku tiga kali, kemudian tangan kirinya seperti itujuga, kemudian
ia menyapu sedikit dari kepalanya, kemudian ia membasuh kaki kanannya meliputi
buku lali tiga kali, kemudian kaki kirinya seperti itu juga. Setelah itu
ia (Saidina Uthman) berkata; " Aku melihat Rasuluilah s.a.w. berwuduk,
sepertimana wuduk ku itu ."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
PENUTUP
Rantau Asia Tenggara, khususnya Malaysia
adalah rantau yang hening dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebarang
usaha untuk memasukkan fahaman selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah terutama
Syiah di kalangan penduduk rantau ini pasti akan menggugat keharmonian
masyarakat.
Negara-negara yang mempunyai penganut
Syiah, telah menimbulkan ketidakstabilan rakyat dan pentadbiran di negara
tersebut. Penganut Syiah akan selama-lamanya cuba mengembang dan mempengaruhi
pegangan mereka ke atas pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak mahu
tunduk kepada pemerintahan dan pentadbiran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada 3 Mei 1996 telah membuat
keputusan iaitu:
Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia
hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
Memperakukan bahawa ajaran Islam
yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan
Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa
aj aran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
SENARAI RUJUKAN
1. Abu Ja'afar bin Ya'kub bin Ishak
al-Kulaini al-Razi, al-Usul Min al-Kafi, Jilid 1, Cetakan ke 3,
th.1388H Dar al-Kutub al-Islamiyyah,Tehran, Baz Sultani.
2. Muhammad bin Muhammad bin Nu'man
al-'Askibri al-Baghdadi al-Mulaqqab Bi al-Syeikh al-Mufid, al-lrsyad,
Penerbit Muassasah al-A'lami Lil Matbu'at, Beirut, Lubnan, t.t.
3. Ad-Duktur Musa al-Musawi, al-Syiah
Wa al-Tashih al-Sira' Baina al-Syiah Wa al- Tasyayyu', th. 1978.
4. Muhammad al-Husain Ali Kasyif
al-Ghita', Aslu al-Syiah Wa Usuluha, Penerbit al-Syed Murtadza ar-Radhwi
al-Kasymiri, Matba'ah al-Arabiyyah, Qahirah, t.t.
5 . Shah Abdul Aziz al-lmam Waliyyullah
Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi,
Mukhtasar al-Tuhfah al-lthna Asyariyyah,
cetakan dan penerbit: al-Riasah al-'Aammah Lil Idarat Wal-Buhuth al-Ilmiah
Wal Ifta'Wad Dakwah Wal Irsyad, Riyadh, al-Mamlakah al-Arabiah al-Saudiah,
t.t.
6. Abi Ja'far Muhammad bin Ali bin
al-Husain bin Babawaih AI-Qummi, Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih,
juzu' I,
Terbitan: Jamaah al-Mundarrisin
fl al-Hauzah al-llmiah Fi Qum al-Muqaddasah, t.t.
7. Abi Ja'far Muhammad bin al-Hasan
al-Tusi, Tahzib al-Ahkam, Juzu' 1, th. 1390, Penerbit: Dar al-Khutub
al-Islamiah, Tehran.
8. Muhammad Jawad Mughniah, al-Syiah
Fi al-Mizan.t.t.
9. AI-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar,
Aqaid al-Imamiah, cetakan ke8, th. 1973, al-Matbaah al-'Aalamiyyah
Qahirah.
10. Abi Ja'far Muhammad bin al-Hasan
bin Ali al-Tusi, al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa, terbitan
Intisyarat Quds Muhammadi Qum, t.t.
11. Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim,
Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan
Ijtihad). Cetakan 1, th, 1993, Penerbit al-Wahdah Publications.
12. AI-Syed Manzur Husain, Tuhfah
al'-'Awam Maqbul, Lahore.t.t.
13. AI-lmam al-Fakhr al-Razi, al-
Tafsir al-Kabir, juzu 10, cetakan ke 11 Dar al-Kutub al-Ilmiah, Tehran.
14. Alauddin Ali bin Muhamad bin
Ibrahim al-Baghdadi, al-Syahir bi al-Khazin,
Tafsir al-Khazin, al-Musamma
Lubab al-Ta'wil Fi Maami al-Tanzil, Wa Bihamisyihi Tafsir al-Baghawi al-Malruf
Bi Maalim al-Tanzil Juzu 1, Dar al-Fikr, Beirut Lubnan.
15. Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz
fil usul al-Fiqh, cetakan ke-6, Dar al-Arabiah, Baghdad th. 1977.
16. Thiqah al-Islam Kulaini, Usul
Kafi, Iktikadi, Ijtimai, Akhlaki Wa Ilmi, Juzu 4, Tehran, Khayaban
Sa'di Janubi t.t.
17. Tafsir Pimpinan ar-Rahman
diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (sekarang JAKIM), Jabatan Perdana
Menteri.
SALASILAH IMAM-IMAM SYIAH