Soalan-soalan Lazim
Kriteria masuk waktu-masuk solat yang digunakan di Malaysia adalah mengikut kriteria Mazhab Imam Shafi'e r.a. yang ditafsirkan secara ilmu falak seperti berikut:
Waktu Jarak Zenit
Subuh 90° + 20° = 110°
Matahari terbit 90° 50'
Zohor matahari tergelincir ke barat meridian
Asar tan-1 [tan(f-d) + 1]
Maghrib 90° 50'
Isyak 90° + 18° = 108°
Di mana:
f = deklinasi matahari
d = latitud tempatan
2. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam pembentukan zon-zon waktu solat di Malaysia?
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam pembentukan zon-zon waktu solat di Malaysia adalah perbezaan waktu di antara kawasan paling timur dan kawasan paling barat di dalam sesuatu zon hendaklah tidak melebihi dua minit.
3. Kenapakah waktu solat yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM adakalanya berbeza selama satu jam dengan waktu solat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama tempatan di sesuatu negara?
Bagi negara-negara tertentu tersebut, perbezaan selama satu jam adalah disebabkan oleh pelaksanaan Daylight Saving Time (DST) di negara berkenaan bagi tujuan penyesuaian dengan waktu bekerja. Pelaksanaan DST perlu dirujuk kepada negara yang dilawati masing-masing.
4. Saya ingin mendapatkan waktu solat bagi satu kawasan tertentu untuk tempoh setahun. Apa yang perlu dilakukan?
Saudara boleh mengemukakan permohonan kepada :
Unit Falak Syarie Bahagian Penyelidikan,
Aras 6, Blok D7, Parcel D,
JAKIM, Putrajaya
- Hits : 9303




