Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:01 Asar : 16:18 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

LATAR BELAKANG
 
Pelaksanaan EKSA di Jakim bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
 
  1. Meningkatkan imej korporat;

  2. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green; dan

  3. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders.

 
EKSA turut memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan.
Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan ke arah yang lebih baik dan harmoni.
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12061551