Kurator Berita : Darul Quran
12 Mac 2021 - Seramai 219 orang pelajar Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat telah menerima Sijil Khatam Hafazan Al-Quran Darul Quran JAKIM. Majlis Khatam Hafazan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz bin Jusoh dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Tahun 2021M/1442H yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran secara hibrid.

Majlis khatam ini telah dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh pelajar 19 orang pelajar banin dengan dipimpin oleh Ustaz Mohd Fazli bin Ibrahim selaku Penolong Pengarah Pusat Islam merangkap Pensyarah Tasmi’ Semester Enam.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh serta ucapan perasmian daripada Datuk Abdul Aziz Jusoh. Beliau yang dalam ucapan perasmiannya telah mengucapkan syabas dan tahniah serta menyatakan harapan kepada pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis ini agar menghargai kesungguhan mereka dalam menamatkan hafazan dengan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan hafazan 30 juzuk.

Majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian anugerah-anugerah kecemerlangan seperti senarai berikut:

1. ANUGERAH PENSYARAH TASMI’ CEMERLANG:
= Ustaz Mohd Fazli bin Mohd Azali
= Ustazah Suhaida binti Che Samsudin

2. ANUGERAH KHAS PENSYARAH TASMI' (OKU Penglihatan):
= Ustaz Ahmad Qusairy bin Mat Zizi

3. ANUGERAH PENULISAN AL-QURAN TERBAIK:
= Saudara Ahmad Muaz bin Baharudin
= Saudari Umamah binti Ahmad Najib


4. ANUGERAH KHAS:

• Kategori “khatam lebih daripada sekali di hadapan guru”:
i. Saudara Ahmad Adib Syahmi bin Ahmad Zunaini
ii. Saudara Abdurrahman bin Zubir
iii. Saudara Muhammad Umaier bin Mohd Sabri
iv. Saudara Ammar Hakim bin Mohd Azri
v. Saudara Muhammad Faiz bin Mat Jusoh
vi. Saudari Iman binti Razali
vii. Saudari Ainy Sufiah binti Mohd Zailani
viii. Saudari Nurul Aina Nazirah binti Mohd Jinah
ix. Saudari Afifah Nazihah binti Tamili
x. Saudari Nur Zulaikha binti Mohd Saufi
xi. Saudari Nurul Syafiah binti Airussham
xii. Saudari Nadzirah binti Abdul Rashid
xiii. Saudari Siti Hajar binti Abd Wahap
xiv. Saudari Nabihah binti Pakharuddin
xv. Saudari Nur Huda Aqilah binti Anis Hilmi
xvi. Saudari Siti Saidatul Nazihah binti Said
xvii. Saudari Arham Sakinah binti Yazir Araafad
xviii. Saudari Nurul Farahain binti Huslan
xix. Saudari Ikramina binti Mohd Zubir
xx. Saudari Munirah Nabihah binti Salleh
xxi. Saudari Aisyatul Amirah binti Ahmad
xxii. Saudari Anith Rusydina binti Mohd Rozi
xxiii. Saudari Asilah binti Zubir
xxiv. Saudari Nureen Afiqah binti Abdul Muttalib

• Kategori “OKU Penglihatan”:
i. Saudari Nur Syuhada binti Alias
ii. Saudari Nor Farah Alia binti Amran
iii. Saudari Nur Basyirah binti Mohamad Azhar

5. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG:
1. Saudara Muhammad Haris Daniel bin Mohd Khairi
2. Saudari Nur Zulaikha binti Mohd Saufi

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 1

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 2

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 3

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 4

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 5

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 6

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 7

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 8

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 9

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 10

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 11

Majlis Khatam Hafazan Al Quran Pelajar Diploma Tahun 2021 15