Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Kompleks Islam Putrajaya, 1 Mac 2021 bersamaan 17 Rejab 1442H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 01 Tahun 2021 Secara Telesidang berpusat di Bilik Mesyuarat Menteri, Aras 9, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan disertai semua ahli-ahli Panel Pakar Falak yang dilantik berdasarkan jawatan dan kepakaran. YBhg. Datuk Dr. Sirajuddin bin Suhaimee selaku setiausaha telah membentang beberapa kertas cadangan dan makluman sebagai keputusan dasar falak negara.

Mesyuarat ini juga telah menganalisis dan mengesahkan data bagi penentuan awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah 1442H/2021, semakan Takwim 2023/1444-1445H dan. Selain itu, ahli mesyuarat telah mengambil maklum pelaksanaan perubahan Kriteria Baharu Imkanur Rukyah selaras keputusan bersama negara MABIMS, Perubahan Titik Rujukan Paling Barat Malaysia (Pulau Perak, Kedah) dan Penentuan Kadar Dua Marhalah, Persepadanan Qaryah dan Balad.

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2021 1

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2021 2

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2021 3

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2021 4

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2021 5

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2021 6

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil.01 Tahun 2021 7