“Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah” Forum Ehwal Islam Di Kampung Stumbin, Sri Aman

JAKIM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Kampung Stumbin, Sri Aman telah menganjurkan Forum Ehwal Islam pada 11 Mac 2010.<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Majlis tersebut telah berlangsung di Masjid Solatur Rahman, Kampung Stumbin, Sri Aman. Forum yang bertajuk “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Isselahuddin Kamri dari Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman, manakala ahli panelnya terdiri daripada Tuan Haji Khalidi Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak dan Tuan Haji Ibrahim Hailee, Penolong Pengarah Dakwah JAKIM Cawangan Sarawak.

Tetamu Kehormat yang hadir pada majlis ini adalah En. Abang Shamsuddin Abang Seruji, Residen Bahagian Sri Aman, Ustazah Norhayati Jaffri, Penolong Pengarah Kanan JAKIM Cawangan Sarawak dan Ustaz Haji Shukri Syarkawi, Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman.

Manakala tetamu-tetamu yang lain adalah masyarakat-masyarakat dari Kampung Stumbin serta kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Tanjung Bijat, Kampung Baor dan Kampung Pangkat, Sri Aman.

Ucapan Perasmian Oleh Residen Bahagian Sri Aman

Forum Bermula

Penyampaian Cenderahati Kepada Panel Forum

Cenderahati Kepada Residen Bahagian Sri Aman