06-06-06 Tarikh Gerakan Pembaharuan dan Pemodenan JAKIM?

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Barisan Fasilitator KMK

 

“Hari ini sebenarnya merupakan salah satu hari bersejarah bagi kita dalam konteks ke arah pembaharuan dan pemodenan JAKIM. Tarikh yang dipilih juga (06.06.06) merupakan tarikh yang signifikan. Saya rasa tarikh ini boleh dijadikan tarikh ulang tahun gerakan pembaharuan dan pemodenan JAKIM.Demikian ucapan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Haji Sumali bin Amat sewaktu merasmikan Pertandingan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Peringkat JAKIM yang telah diadakan pada 6 Jun 2006 di JAKIM.

 

Saya difahamkan, usaha KMK ini adalah julung-julung kali diadakan di JAKIM. Usaha ini wujud sebagai persediaan untuk untuk mengambil bahagian dalam pertandingan KMK di peringkat Wilayah Persekutuan, dan seterusnya, kalau berjaya, di peringkat kebangsaan,” tambahnya lagi.

 

Beliau turut melahirkan rasa penghargaan dan bangga di atas kesungguhan Bahagian-bahagian terlibat bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyertai program ini walaupun masa yang diperuntukan untuk membuat persiapan agak singkat.

 

Beliau juga turut menggesa agar Bahagian-bahagian lain di JAKIM dapat mengambil bahagian dalam program seumpama ini di masa akan datang. Ini katanya, kerana KMK merupakan salah satu mekanisme pengurusan organisasi di mana anggota-anggota sesebuah organisasi boleh menyertai proses mengenalpasti dan penyelesaian masalah demi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan masing-masing.

 

“Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan (participative management). Ini bermakna bahawa setiap pekerja tanpa mengira kedudukannya dalam organisasi, diberi peluang untuk memberikan sumbangan ke arah pencapaian matlamat jabatannya. Secara kasarnya, KMK juga telah berhasil meningkatkan kedua-dua hasil kerja dan kualiti kerja, di samping dapat meningkatkan kepuasaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.”

 

Pelaksanaan KMK dalam sektor perkhidmatan awam adalah berpandukan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991 iaitu Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

 

KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pert
mbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

 

Dengan pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang pada tahun 1989, Kerajaan telah menitik beratkan peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan dan juga kakitangan dalam usaha-usaha ke arah meningkatkan kualiti dalam jabatan-jabatan /pejabat-pejabat Kerajaan.

 

Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menggalakkan penubuhan Pasukan-pasukan Kerja di peringkat pegawai atau KMK yang dianggotai oleh kakitangan di Kumpulan C dan D untuk menyelesaikan masalah-masalah di tempat kerja.

Sumbangan kedua-dua pihak pengurusan dan juga KMK ke arah penyelesaian masalah dan seterusnya peningkatan produktiviti dan kualiti organisasi adalah penting dalam usaha Kerajaan untuk mewujudkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management) di sektor awam.

 

Sempena pertandingan KMK peringkat JAKIM yang diadakan ini, sebanyak 8 kumpulan yang mewakili Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian KESUMA, Bahagian Penerbitan, Bahagian Dakwah, ILIM, Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan JAKIM Cawangan Sabah telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

 

Keputusan pertandingan dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang akan diadakan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM akhir bulan Jun ini. Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Mustafa bin Abd. Rahman akan hadir menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut.

 

Kumpulan KMK Bahagian Pentadbiran & Kewangan

Kumpulan KMK ILIM

Kumpulan KMK Bahagian Penerbitan

Kumpulan KMK Bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa

Kumpulan KMK Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam

Kumpulan KMK Bahagian KESUMA

Kumpulan KMK JAKIM Cawangan Sabah