-
Menyediakan draf undang-undang Islam dalam tempoh enam bulan selepas semua dasar diputuskan.
-
Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak dan muamalat dalam tempoh enam bulan selepas arahan diterima.
-
Menyediakan program dakwah secara komprehensif dan melaksanakannya mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Menerbitkan rancangan agama di radio dan televisyen pada setiap hari menepati waktu, dipersembahkan secara menarik dan mudah difahami.
-
Menerbit dan mengedar buku, majalah dan risalah dalam bidang keilmuan Islam mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Menyediakan program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada kanak-kanak Islam berusia enam hingga 12 tahun mengikut kurikulum yang ditetapkan.
-
Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi makanan, barangan gunaan dan perkhidmatan logistik bagi permohonan yang memenuhi syarat dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan diterima.
-
Menyediakan teks khutbah Jumaat pada setiap minggu dan memaparkannya dalam Portal Jakim sebelum jam 10.00 pagi setiap hari Jumaat.
-
Memberi latihan dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam mengikut jadual perancangan yang ditetapkan.
-
Mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya dalam temuduga pengambilan pelajar baharu Darul Quran dalam tempoh tiga minggu selepas tarikh temuduga.
-
Memastikan segala tuntutan yang lengkap diproses dan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari.
-
Mengeluarkan surat sokongan pas lawatan ikhtisas bagi pendakwah dan pelajar warganegara asing dalam tempoh 14 hari bekerja daripada permohonan diterima.
Prestasi Piagam Pelanggan
|