BENGKEL KAMUS DATA ISLAM BIL 1/2009
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan satu kamus data Islam sebagai rujukan bagi pembangun-pembangun sistem, satu bengkel dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diadakan di Hotel Regency, Port Dickson pada 24 hingga 26 Mac 2009. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Jabatan Mufti, JAWHAR dan lain-lain lagi.
Jakim sejak tahun 2008 menjadi urusetia bersama dengan JKSM bagi menyelaraskan struktur kod dan struktur data bagi skop sosial (data Islam) yang melibatkan pelbagai sistem di jabatan atau agensi agama.
Penglibatan banyak pihak dalam menghasilkan kamus data Islam dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sesungguhnya merupakan sumbangan yang besar. Banyak tenaga dan masa dicurahkan bagi memastikan ia menjadi rujukan utama semua pihak dalam usaha untuk melancarkan proses integrasi serta menyeragamkan struktur kod dan data sistem-sistem di agensi agama.




- Hits : 1338





