Bengkel Pengurusan Aset Pegawai Dan Kakitangan Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Kewangan JAKIM telah mengadakan Bengkel Pengurusan Aset untuk Pegawai Dan Kakitangan.
Bengkel tersebut diadakan pada 1-2 Ogos 2007 bertempat di PPAJ dengan pengisian ceramah dan bengkel yang dikendalikan oleh pegawai dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan JAKIM. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah Pengurusan Stor Kerajaan dan Pengurusan Aset Alih.
Pendedahan yang diberikan sepanjang bengkel ini banyak memberikan maklumat kepada setiap kakitangan akan kepentingan pengurusan aset dan tanggungjawab yang mesti diketahui oleh setiap kakitangan dalam menguruskan setiap aset kerajaan.

- Hits : 2600





