Bengkel Penulisan Panel Penulis JAKIM 2-4 April 2007

Baru-baru ini Panel Penulis JAKIM (PPJ) telah menghadiri satu bengkel penulisan di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 2-4 April 2007. Objektif bengkel ini ialah meningkatkan kemahiran penulisan artikel terbitan JAKIM. Panel Penulis JAKIM terdiri daripada pegawai di bahagian-bahagian di JAKIM manakala penceramah dan fasilitator yang memberi tunjuk ajar ialah Tn. Hj. Wan Abd. Hamid Wan Teh iaitu bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

'Penulisan adalah satu bentuk bermain-main dengan bahasa dan tidak membebankan pembaca'. PPJ didedahkan dengan teknik dan cara untuk menghasilkan artikel mengikut kerangka (outline) dan perlu berpegang kepada gagasan agar tidak tersasar jauh.

Harapan JAKIM, PPJ akan menghasilkan penulisan yang berterusan dalam menyebarkan dakwah Islam kepada rakyat <?xml:namespace prefix = st1 />Malaysia