Judul: Isra'iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM25.50
Sinopsis:
  • Terdapat sebahagian kitab-kitab tafsir yang dikarang oleh ulama tafsir yang memasukkan berita-berita Isra'iliyyat dan hadith palsu di dalam penafsiran mereka. Perkara ini hanya dapat diketahui melalui kajian-kajian khusus oleh pakar dalam Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith.
  • Antara berita-berita Isra'iliyyat yang dikenal-pasti ialah kisah Harut dan Marut, pembinaan Kaabah, kisah Nabi Daud AS, kisah pokok tuba dan beberapa kisah lain. Manakala hadith-hadith palsu (Maudhu') pula berkaitan dengan fadhilat surah-surah dan ayat-ayat al-Quran, asbab al-Nuzul dan sirah Nabi. Persoalannya, adakah kita menyedari hal ini atau turut sama menyebarkan hal-hal yang tidak sepatutnya disebarkan!
  • Untuk memelihara kesucian ajaran Islam, buku ini tampil untuk menjelaskan segala persoalan yang berkaitan dengan Isra'iliyyat dan hadith palsu serta kedudukannya dalam beberapa kitab tafsir. Apa yang pasti, buku ini sesuai dibaca oleh umat Islam demi mengetahui dan memelihara kesucian agama Islam.