Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 25 Februari – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam telah mengadakan Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam secara dalam talian kepada pegawai Hal Ehwal Islam dan skim perkhidmatan yang lain dari pelbagai agensi pada 23 hingga 25 Februari 2021 bertempat di Perpustakaan ILIM, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta mengenai kaedah pengendalian harta dalam Islam seterusnya membentuk integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan harta berlandaskan syariah. Terdapat enam (6) slot ceramah telah diaturkan dalam kursus ini iaitu Konsep Pemilikan Harta Dalam Islam, Sumber Pendapatan dan Pengagihan Harta Dalam Islam, Pengurusan Harta Melalui Pembahagian Harta Pusaka (Faraid), Wasiat dan Hibah. Seterusnya peserta didedahkan dengan pengalaman dan peranan Baitulmal Dalam Pembangunan Ummah dan slot terakhir iaitu Zakat sebagai sumber ekonomi umat Islam.

Kursus selama 3 hari ini telah dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Faudzi daripada MyTijaroh, Ustaz Zahari bin Mahad Musa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Mohd Salleh bin Mohd Saha dari Majlis Agama Islam Selangor dan dari Lembaga Zakat Selangor iaitu Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan harta bahkan peserta mampu membentuk integriti dan akauntabiliti dalam diri semasa menguruskan harta berlandaskan syariah.

Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam Secara Dalam Talian 1

Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam Secara Dalam Talian 2

Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam Secara Dalam Talian 3

Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam Secara Dalam Talian 4

Kursus Pengurusan Harta Dalam Islam Secara Dalam Talian 5