Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Seksyen Syariah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah menganjurkan Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS), Jakim kali ke-93  pada 29 September 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Ahmad, Mantan Mufti Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh S.S. Dato Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor, dan S.S. Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Osman, Mufti Negeri Pahang dan beberapa ahli panel yang dilantik.

          Sebanyak dua kertas hukum dan dua garis panduan telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Segala keputusan hasil perbincangan akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk dijadikan sebagai panduan hukum.

PPS 93

 

DSC 0004