Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Seremban, 30 September – 2 Oktober 2015 : Penyertaan Jakim, Jabatan Peguam Negara danJAIN dalam melaksanakan Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara/ Pejabat Penasihat Undang-Undang Negerisebagai salah satu National Blue Oceon Strategy (NBOS) dijangka dapat memperkasa tenaga mahir di kalangan Pendakwa Syarie melalui perkongsian kemahiran dan ilmu kependakwaan sivil.
 
Program sangkutan ini mensasarkan objektif berikut :
      i.  Meningkatkan kemahiran, kepakaran dan mutu pendakwaan kes-kes kesalahan jenayah syariah di Malaysia;
     ii.  Perkongsian kepakaran dan pengalaman; dan
    iii.  Menjalinkan kerjasama strategik antara bidang perundangan syariah dan sivil.
 
Secara umumnya, program sangkutan ini terdiri daripada dua komponen iaitu Komponen 1 (Kursus Jangka Pendek) dengan nama Kursus Khas Pendakwaan Syariah. Kursus 5 hari ini telah diisi dengan 9 siri ceramah oleh Puan Aidatul Azura Zainal Abidin dari ILKAP, Tuan Mohamad Abazafree Mohd Abbas dari KDN dan Tuan Zulfikri Yasoa dari JKSM. Kursus ini turut ditambah dengan ativiti lain iaitu sharing session oleh wakil peserta program sangkutan pada tahun 2014 dan juga aktiviti teambuilding yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta daya kepimpinan di kalangan peserta.
 
Manakala Komponen 2 adalah Program Sangkutan itu sendiri di mana Pendakwa Syarie ditempatkan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri di Seluruh Malaysia selama 8 minggu bermula 5 Oktober hingga 27 November 2015. Modul dan skop kedua-dua komponen ini telah dibangunkan secara bersama oleh Jakim, Jabatan Peguam Negara dan JAIN. ,
 
Memetik amanat YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim semasa Majlis Perasmian Penutupan Kursus :
 
Dalam rangka merealisasikan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah, usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi Pendakwa Syarie dilihat sebagai suatu yang sangat penting. Saya menaruh harapan yang tinggi agar program ini berjaya mencapai objektif yang digariskan serta peluang dan ruang dalam program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta bagi melahirkan Pendakwa Syarie yang profesional, berintegriti dan kompeten”.
 
Program Sangkutan ini telah dilaksanakan buat kali pertama pada tahun 2014 dan diteruskan pada tahun 2015 dengan penyertaan setakat ini seramai 35 orang Pendakwa Syarie seluruh Malaysia.
 
Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara 1
 
Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara 2
 
Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara 3
 
Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara 4
 
Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara 5
 
Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara 6