Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:49 Syuruk : 7:11 Zohor : 1:22 Asar : 4:46 Maghrib : 7:31 Isyak : 8:44

Cawangan Dakwah Khas dengan kerjasama Cawangan Inovasi dan Ketamadunan, Bahagian Dakwah Jakim telah menganjurkan Bengkel Media Baharu Pendakwah Masyarakat Orang Asli pada 6 dan 7 April 2018 bertempat di Bilik Seminar al-Bayyinah, Aras 5, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 45 orang Pendakwah Masyarakat Orang Asli ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka khususnya dalam bidang media baharu. Melalui bengkel ini, mereka bukan sahaja mendapat pendedahan tentang bagaimana menggunakan media baharu untuk berdakwah, bahkan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan program berdakwah di Kampung Orang Asli melalui video dan poster yang dihasilkan. Dengan cara ini, secara tidak langsung reputasi dakwah terhadap masyarakat Orang Asli turut sama meningkat.

Sepanjang bengkel ini, sebanyak 25 buah poster dan 8 buah video berdurasi 1 minit yang bertemakan dakwah dapat dihasilkan dengan menggunakan telefon pintar milik peserta sendiri. Ini membuktikan semua orang mampu berdakwah dengan cara masing-masing. Di akhir bengkel ini juga, 3 kumpulan yang menghasilkan video yang paling menarik telah dipilih sebagai pemenang dan menerima hamper. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Tn. Haji Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim dengan dihadiri oleh Tn. Haji Hanifuddin b. Hj. Roslan, KPPK Cawangan Dakwah Khas dan Tn. Haji Norizan bin Abd Ghani, KPPK Cawangan Inovasi dan Ketamadunan.
 
wodd pmoa 4
 
wodd pmoa 3
 
wodd pmoa 2
 
wodd pmoa 1
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 20 July 2018.
Jumlah Pelawat :12210402