Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Seramai 36 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari seluruh Semenanjung Malaysia telah dipilih mengikuti Kursus Kemahiran Jati Diri. Kursus ini bermula dari 16 Jun 2019 sehingga 28 Jun 2019, bertempat di Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia, Kem Mentakab, Mentakab, Pahang Darul Makmur. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Leftenan Kolonel Ahmad Samsuri bin Saaban, Komandan Kolej Perisikan tersebut.
 
Objektif kursus ini adalah untuk :
  1. Memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran teknikal dan strategi pelaporan yang berkesan dan memberi impak.
  2. Peningkatan tahap kesedaran dan cakna dengan aktiviti-aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai subversif
  3. Pengetahuan strategi penyampaian dan penyediaan format laporan secara teratur dan tersusun.
 
Peserta telah diberi pendedahan secara teori dan praktikal di lapangan tentang cara untuk mengenal pasti sesuatu masalah yang terdapat di perkampungan Orang Asli (KOA), seterusnya membuat laporan kepada pihak atasan di JAKIM.
 
Sebelum itu peserta telah mengikuti kursus secara teori di kelas daripada jurulatih ATM khususnya untuk mengetahui bagaimana sesuatu maklumat atau isu boleh diperolehi secara langsung dan tidak langsung. Hal ini penting dalam menangani pelbagai isu di KOA.
 
Peserta turut diberi latihan berbentuk fizikal pada setiap petang. Pada sebelah malam pula, peserta akan berkumpul mengikut kumpulan bagi membincang perancangan gerak kerja yang akan dibuat di KOA, seterusnya menyediakan laporan kepada ibu pejabat.
 
Bagi memastikan keberkesanan kursus, para peserta dibahagikan kepada empat(4) kumpulan dan setiap kumpulan telah ditempatkan di perkampungan Orang Asli selama empat(4) hari, bermula pada 24 Jun 2019 sehingga 27 Jun 2019. Empat(4) buah KOA yang dijadikan tempat praktikal adalah:
1. KOA Sg Kiol, Jerantut, Pahang
2. KOA Lubuk Wong, Temerloh
3. KOA Penderas, Temerloh, dan
4. KOA Paya Rakoh, Temerloh
 
Pemilihan KOA yang dibuat mempunyai populasi masyarakat yang berbeza.
 
Kursus ini berakhir pada 28 Jun 2019. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM. Majlis penutup turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Ahmad Norihan bin Jalal, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan.
 
PMOA Diberi Kemahiran Jati Diri 1
 
PMOA Diberi Kemahiran Jati Diri 2
 
PMOA Diberi Kemahiran Jati Diri 3
 
PMOA Diberi Kemahiran Jati Diri 4
 
PMOA Diberi Kemahiran Jati Diri 5
 
PMOA Diberi Kemahiran Jati Diri 6
 
PMOA Diberi Kemahiran Jati Diri 7