Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran. Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan,Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.