Kurator Berita : Darul Quran
15-16 Mac 2021 - Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading yang diadakan selama dua hari pada kali ini diadakan secara hibrid iaitu gabungan antara bersemuka serta dalam talian di Auditorium Darul Quran dan secara langsung turut disiarkan melalui facebook Darul Quran JAKIM. Tujuan utama penganjuran program ini adalah supaya para pelajar DQ khususnya pelajar-pelajar Semester Enam yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi akan mendapat input-input berkenaan penyambungan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Program ini bukan sahaja mensasarkan para pelajar DQ dari kampus DQ Kuala Kubu sahaja, malah melibatkan para pelajar seluruh Malaysia dari Lokasi Tambahan DQ (LTDQ) iaitu institusi-institusi tahfiz yang berkolaborasi dengan DQ dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.
 
Antara pengisian program ini ialah para pelajar diberikan panduan dan tips tentang UPU online yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Cik Syazreenaa Abdul Rahman. Taklimat mengenai Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) JAKIM juga turut dikongsikan oleh Ustazah Norihan Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM selaku urus setia SPH JAKIM.
 
Selain itu, para peserta juga turut diberikan taklimat oleh wakil-wakil dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara antaranya ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).
 
Bukan sekadar IPT dalam negara, turut diadakan perkongsian maklumat berkenaan pengajian di Mesir serta Jordan yang disampaikan oleh Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Education Malaysia Jordan (EMJ). Di samping perkongsian tentang pengalaman pengajian di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Aceh.
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 1
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 2
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 3
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 4
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 5
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 6
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 7
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 8
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 9
 
Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 10