Kurator Berita : Darul Quran
Sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat, CIMB Islamic Bank telah memberikan sumbangan bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadan Pusat Islam Darul Quran bagi tahun 2021. Sumbangan ini telah disampaikan kepada Persatuan Kebajikan Darul Quran (PKDQ) melalui Yayasan Al-Khalifah.

Antara aktiviti Program Ihya’ Ramadan Pusat Islam yang dijalankan pada tahun ini ialah Ceramah Nuzul Quran yang disampaikan Ustaz Md Khairul Azharuddin Margilan, Guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Selain itu, turut diadakan Tadarus al-Quran, Solat Tarawih berjemaah, iftar dan moreh yang diedarkan kepada para pelajar secara ‘bawa pulang’ serta edaran bubur lambuk. Termasuk dalam jadual aktiviti Ihya’ Ramadan tahun ini juga ialah Qiyamullail pada 10 malam akhir Ramadan.

Terima kasih diucapkan kepada CIMB Islamic Bank serta semua penyumbang Program Ihya’ Ramadan Pusat Islam DQ tahun ini. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.
 
CIMB Beri Sumbangan Ihya Ramadan DQ 1
 
CIMB Beri Sumbangan Ihya Ramadan DQ 2
 
CIMB Beri Sumbangan Ihya Ramadan DQ 3
 
CIMB Beri Sumbangan Ihya Ramadan DQ 4
 
CIMB Beri Sumbangan Ihya Ramadan DQ 5
 
CIMB Beri Sumbangan Ihya Ramadan DQ 6