Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Penyelarasan dan penyelesaian terhadap isu-isu penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah akan sentiasa menjadi  agenda utama JAKIM dalam penyeragaman tindakan yang dilaksanakan di negeri-negeri. Sesuai dengan matlamat tersebut, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang telah sekali lagi menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Malaysia Bil 1/2015 pada 7hb September 2015 bertempat di Dewan Syura, JAKIM.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tuan Haji Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) selaku Setiausaha Mesyuarat yang mewakili YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia selaku Pembentang Kertas Kerja, YBhg. Tuan Muhammad Bukhari bin Ab. Hamid, Penasihat Undang-Undang JAKIM dan YBhg. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang JAKIM. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Penasihat Undang-Undang negeri kecuali Sabah dan Sarawak serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
 
Beberapa isu telah dibincang dan diputuskan di dalam mesyuarat kali ini dan akan diselaraskan di peringkat negeri-negeri dalam usaha penyeragaman tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah.
 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 2
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 3
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Malaysia 4