Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA - Kolaborasi antara JAKIM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diteruskan melalui kunjungan hormat oleh International Fatwa and Halal Centre (iFFAH) ke Bahagian Kawal Selia Halal (BKSH), JAKIM yang berlangsung hampir 1 jam di Bilik Mesyuarat Utama Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP) pada 3 Ogos semalam.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Irwan Mohd Subri selaku Pengarah Besar iFFAH bersama 5 orang pensyarah agensi berkenaan bertujuan untuk membincangkan kerjasama berkaitan latihan dan penyelidikan yang boleh dijalankan bersama khususnya bagi memperkukuhkan lagi imej pensijilan halal Malaysia.

Kunjungan hormat yang berlangsung dalam suasana kemeriahan Aidiladha ini telah disantuni oleh YBrs. Tuan Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM dan beberapa orang pegawai kanan dan pegawai dari Bahagian Kawal Selia Halal dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Semoga kerjasama yang terjalin ini akan memberi impak positif kepada pembangunan latihan serta penyelidikan yang berlandaskan syariah diperingkat global serta dapat membantu masyarakat awam menyelesaikan pelbagai keraguan dalam isu halal masa kini.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
#KitaMestiMenang

JAKIM Santuni IPTA Perkukuh PHM 1JAKIM Santuni IPTA Perkukuh PHM 2JAKIM Santuni IPTA Perkukuh PHM 3JAKIM Santuni IPTA Perkukuh PHM 4JAKIM Santuni IPTA Perkukuh PHM 5