Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Negeri Kedah pada 24 Februari 2020 yang diadakan di TH Hotel & convention Centre, Alor Setar, Kedah telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Ismail bin Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Agama, Pembangunan Luar Bandar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah Darul Aman dan sesi town hall disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM dan telah dikendalikan oleh Moderator iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Basyir bin Aziz, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM). Turut hadir adalah YBhg. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Maqasid Syariah ke negeri-negeri untuk memberikan penjelasan mengenai Maqasid Syariah dan pelaksanaannya dalam tadbir urus negara. Seramai 400 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil GLC dan Swasta, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Pensyarah-pensyarah, Guru-guru dan Imam-imam sekitar Negeri Kedah.

        Pada program ini turut diserahkan Profil Maqasid Syariah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah                   (Dasar) JAKIM kepada YB Dato’ Dr. Ismail bin Salleh.

 

2 copy

 

3 copy

 

4 copy

 

5 copy

 

6 copy

 

1

 

7