Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Terpahat pada hari Khamis, 14 September 2017 bersamaan 23 Zulhijjah 1438H bertempat di Dewan Rafflesia, Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama IKM Kota Kinabalu, Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan beberapa agensi lain telah mencipta sejarah apabila berjaya mengadakan aktiviti engagement dengan beliawan Negeri Sabah melalui townhall session pertama di peringkat negeri menerusi  penganjuran Majlis Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perspektif Islam dengan bertemakan “TN50 Aspirasi Khaira Ummah” bagi membina masa depan bersama.

Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perspektif Islam telah berjaya menarik penyertaan seramai 1000 orang peserta pada kali ini yang terdiri daripada Pemimpin Belia, Pemimpin Mahasiswa, Mahasiswa Islam IPT Awam dan Swasta, Pemimpin NGO-NGO Islam, Para Pendakwah Muda dan Ketua-ketua Jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri. Majlis Dialog Perdana diserikan dengan kehadiran YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, YBhg Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, YBhg Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri Sabah. Kehadiran yang amat memberangsangkan ini merupakan manifestasi sokongan umat Islam di Negeri Sabah terhadap inisiatif-inisiatif Transformasi Pembangunan Islam oleh Kerajaan Malaysia.

Pelbagai topik perbincangan berkaitan isu semasa dan futuristik yang turut meraikan pandangan, idea, cadangan, hasrat dan aspirasi anak muda kepada kerajaan telah berjaya dirakam sebagai premier sources bagi memeta dan mewarnai intisari blue print TN50 Perspektif Islam ke arah merangka master plan dan road map TN50 negara. Dialog Perdana kali ini dilangsungkan secara penuh hikmah dengan mukadimah bacaan doa dan disusuli dengan ucaptama oleh Dato’ Seri Jamil Khir disambung dengan soal jawab oleh para peserta bersama beliau dan YBrs Ustaz Zakaria Othman selaku moderator dialog.

Realitinya, penganjuran Majlis Dialog Perdana kali ini telah berjaya mencapai hadaf dan objektifnya dengan sambutan yang luar jangkaan serta menghimpunkan segala input dan hasrat generasi pewaris negara kepada Kerajaan agar komitmen dan inisiatif konsisten bagi mendaulatkan Islam dengan lahirnya pada masa hadapan sebuah negara Malaysia yang maju, progresif, ikonik, dinamik serta rakyatnya yang mampu meneraju, merintis dan mempelopori kepesatan sains dan teknologi dunia dan dalam masa yang sama keutuhan ruhaniiyah, keimanan, ketaqwaan sebati bersama sebagai ummatan wasatan menerusi konsep al-falah berteraskan manhaj wasatiyyah.
 
Dialog TN50 Sabah2017 1
 
Dialog TN50 Sabah2017 2
 
Dialog TN50 Sabah2017 3
 
Dialog TN50 Sabah2017 4