Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
KURSUS ASAS PENYELIA KELAS AL-QURAN DAN FARDHU ‘AIN (KAFA)
TAHUN 2019 KE ARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN BERKUALITI
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Kursus Asas Penyelia KAFA pada 22 hingga 24 Oktober 2019 bersamaan 23 hingga 25 Safar 1441H bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi, Selangor.
 
Penyelia KAFA dilantik oleh JAKIM bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan Kelas KAFA di peringkat pusat, negeri dan daerah. Seramai 36 orang Penyelia KAFA lantikan 1 Oktober 2019 diwajibkan mengikuti kursus asas ini.
 
Kursus selama 3 hari 2 malam ini memberi peluang dan ruang kepada semua peserta mengetahui dan memahami dengan lebih jelas mengenai perkara-perkara asas dalam perkhidmatan awam terutamanya mengenai Garis Panduan dan Peraturan KAFA yang merangkumi tugas-tugas hakiki sebagai penyelia KAFA, pengurusan pemantauan, pengurusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), pengurusan latihan/program Keguruan, hal ehwal urus tadbir KAFA, pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), kewangan dan Tatatertib.
 
Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Nor Hanim binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan, JAKIM.
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 1
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 2
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 3
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 4
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 5
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 6
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 7
 
Kursus Asas Penyelia KAFA 2019 8