Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:20 Asar : 16:36 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:37

Sekitar Mesyuarat Majlis Halal Malaysia  Bil. 1/2017  pada 3 Mac 2017 yang di pengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri dari beberapa kementerian serta agensi-agensi yang terbabit dalam industry halal di peringkat persekutuan dan negeri-negeri.

Turut hadir Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha , Ketua Pengarah Jabatan Kemajauan Islam Malaysia (JAKIM) merangkap Setiausaha Majlis Halal Malaysia.

Apa itu Majlis Halal Malaysia?

Majlis Halal Malaysia merupakan suatu majlis yang menyelarassemua agensi yang terbabit dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan dan peneraju halal global.

Bagi memastikan pembangunan, penyelarasan dan pemantauan Dasar Halal Negara yang sedang diformulasikan ini dapat dilaksanakan secara holistic, JAKIM adalah bertindak sebagai sekretariat tetap dan peneraju kepada Majlis Halal Malaysia.

Bahagian Hab Halal JAKIM yang berfungsi dalam pelaksanaan Pensijilan Halal Malaysia akan dimantapkan dengna beberapa agensi lain melalui kaedah Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS). 

MHM BIL 1 2017

MHM BIL 1 2017 2

MHM BIL 1 2017 4

MHM BIL 1 2017 3

MHM BIL 1 2017 5

MHM BIL 1 2017 6




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 16 August 2017.
Jumlah Pelawat :11502798