WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 15 Januari 2019 - Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah mengundang pihak Pengurusan Eksibit, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP) bagi membincangkan isu keperluan dan spesifikasi pembangunan Gudang Eksibit Halal yang akan di bina tidak lama lagi di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs. Tuan Bukhari bin Md Akhir ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Cawangan Pemantauan Dan Penguatkuasaan serta Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Hasil perbincangan mesyuarat ini akan di bawa ke proses selanjutnya dalam pembangunan Gudang Eksibit Halal.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#RahmatanLilAlamin

BERITA CPP BPH KPDNHEP UTAMA 15012019




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 21 April 2019.
Jumlah Pelawat :12282103