WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

SEPANG - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menganjurkan Seminar Persediaan Pensijilan Halal Skim Peranti Perubatan pada 22 hingga 23 September bertempat di Mentari 1, Ballroom, Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Seminar secara tertutup yang berlangsung selama dua hari tersebut melibatkan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan termasuk dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan Medical Device Authority (MDA).

Industri halal global berkembang pesat yang dianggarkan bernilai USD3.7 trilion pada tahun 2019 lalu dan jumlah itu akan terus bertambah dengan bilangan umat Islam di seluruh dunia dijangka meningkat dari 1.6 bilion pada tahun 2010 kepada 2.8 bilion pada tahun 2050 (Pew Research Centre). Fokus halal kini, tidak lagi terhad kepada aspek makanan dan perkhidmatan sahaja, malahan turut berkembang dalam industri perubatan. Selain farmaseutikal, satu lagi sektor yang memainkan peranan penting dalam aspek perubatan adalah industri peranti perubatan.

Merujuk Pelan Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan telah mengenalpasti peranti perubatan adalah salah satu sektor yang kini berkembang pesat. Industri ini juga, diunjurkan dapat menyumbang pendapatan kasar negara sebanyak RM11.4 billion serta menjana sebanyak 86,000 peluang pekerja pada tahun 2020.

Justeru, satu standard khusus di bawah MS2636:2019 (Halal Medical Device - General Requirements) bagi peranti perubatan patuh syariah telah dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan akan digunapakai oleh JAKIM/JAIN/MAIN bagi pensijilan halal peranti perubatan seterusnya mampu memberi impak besar kepada sektor perkhidmatan kesihatan dan perubatan negara kerana ia adalah yang pertama di peringkat dunia.

Insiatif yang bangunkan oleh JAKIM bersama agensi-agensi berkepentingan ini mampu memberi impak maksima kepada sektor perkhidmatan kesihatan dan perubatan negara kerana ia adalah yang pertama di peringkat dunia. Antara lain, MS2636:2019 yang dibangunkan ini bertujuan memastikan peranti perubatan yang dihasilkan oleh pengeluar mematuhi ketetapan syariah dari segenap aspek. Konsep halal bagi peranti perubatan perlu meliputi keseluruhan rantaian penghasilan dan penggunaan peranti perubatan. Ia perlu melibatkan pemerolehan sumber bahan mentah dari unsur yang dibenarkan oleh syarak, proses yang tidak melibatkan bahan-bahan yang diharamkan, pembungkusan, pelabelan, logistik dan sebagainya.

Pelbagai pembentangan dan perkongsian telah dilakukan sepanjang seminar kali ini berlangsung termasuk slot berkaitan “Peranti Perubatan Halal Dari Pandangan Fatwa”, “apa itu medical device?”, “ISO 13485:2016 - Medical Devices - Quality Management System-Requirements for Regulatory Purposes”, “MS 2636:2019 Halal Medical Device - General requirements”, “Pelesenan dan Penguatkuasaan Peranti Perubatan’, slot Forum “Peranti Perubatan Halal Dari Pandangan Industri; Cabaran dan Halangan” serta pelbagai lagi slot yang akan dikongsi oleh panel-panel jemputan dari agensi berkaitan.

Seminar kali ini juga turut dihadiri oleh YBrs. Puan Hjh. Hakimah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM yang menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Persediaan Pensijilan Halal Skim Peranti Perubatan. Semoga dengan penganjuran seminar seumpama ini akan dapat memberi input dan pendedahan awal kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi proses pensijilan halal bagi skim peranti perubatan ini.

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaHaveFaith

#MusaadahCovid19

#AgainstCovid19

SEMINAR MD 2SEMINAR MD 1SEMINAR MD 4SEMINAR MD 9SEMINAR MD 19SEMINAR MD 28

 




QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480620