Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
 

16 OGOS 2017M (23 ZULKAEDAH 1438 H), Rabu- Sabah, Majlis Perasmian dan Program Advokasi ilmu: "Memperkasakan Integriti Industri Halal" telah diadakan di Bilik Seminar Sains Makanan dan Pemakanan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah.

Objektif program menjurus kepada perkongsian ilmu dan pendedahan dari pihak Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah kepada industri berkenaan:-

  • Hala tuju industri halal daripada beberapa perspektif, pendekatan dan strategi badan-badan yang berkenaan serta berkepentingan.
  • Memberikan informasi berkenaan dengan manual prosedur yang terbaru serta maklumat-maklumat terkini dalam permasalahan yang berlaku terhadap industri berkenaan dengan sistem jaminan halal kepada eksekutif halal industri.
  • Memberikan pendedahan serta maklumat kepada industri berkenaan kepentingan sebagai pemegang Pensijilan Halal Malaysia serta pengawasan yang ketat terhadap produk-produk yang dimiliki oleh industri halal di Malaysia.
  • Memberi pendedahan berkenaan adanya tindakan undang-undang bagi pihak-pihak yang melakukan kesalahan penyalahgunaan logo halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Ikuti pelbagai Aktiviti yang melibatkan Bahagian Hab Halal JAKIM di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

PROGRAM UMS 2 16082017

PROGRAM UMS BANNER 1 16082017

PROGRAM UMS 3 16082017

PROGRAM UMS 4 16082017

PROGRAM UMS 5 16082017