Bangi, 30 November 2017 – Usaha untuk menyediakan platform pemantapan pembacaan kalangan Qurra’ yang berhasrat untuk mempersiapkan diri bagi menyertai tilawah-tilawah al-Quran di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan telah mencetuskan satu kerjasama strategik antara Institut Latihan Islam Malaysia, Institut Pengajian Al-Quran (Ipaq) dan Centre Of Quranic Research Universiti Malaya (Cqrum) dalam menganjurkan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 pada 26 hingga 30 November 2017 yang lalu.

Cetusan idea program ini telah dimulakan oleh Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, Johan Tilawah Antarabangsa 2016 bersama beberapa rakan qurra’ yang terdiri daripada johan-johan tilawah antarabangsa telah memanfaatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka untuk membantu para qurra’ yang mempunyai hasrat meningkatkan mutu pembacaan terutama bagi penyediaan untuk penyertaan di tilawah-tilawah al-Quran.

Program ini adalah sebagai tambahan kepada program-program seumpama ini yang telah dilaksanakan oleh beberapa pihak yang mana tertumpu kepada beberapa peserta sahaja. Ustaz Wan Ainuddin dan rakan-rakan merancang untuk mengadakan program yang lebih komprehensif dan bersilibus untuk penyertaan yang lebih terbuka dan meluas.

Usaha mereka ini disokong oleh Institut Pengajian al-Quran (IPaQ) yang juga mempunyai matlamat yang selari dengan hasrat mereka. IPaQ telah pun sebelumnya merangka gagasan untuk menubuhkan sebuah Akademi Qari- Qariah Malaysia (AQMA) bagi melahirkan qari-qariah di semua peringkat usia. Program IPaQ ini direncanakan akan ditempatkan di Akademi al-Quran Malaysia (AL-QALAM), Petaling Jaya yang telah ditubuhkan oleh IPaQ pada tahun 2016.

Antara tenaga pengajar yang banyak membantu membimbing peserta Kursus ini adalah Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 2016, Ustaz Haji Abdul Rahim Ahmad, Johan Antarabangsa 1994/1995, Ustaz Yahaya Daud, Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 1999 dan Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman, Johan Antarabangsa 1964/1965/1972/1976/1977/1989/1990/1991.

Kursus ini juga turut diisi dengan slot pertandingan Mini Tilawah Al-Quran yang diadakan bersekali dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP).
 

tahsin1

tahsin2

tahsin3

tahsin4

tahsin5

tahsin6

tahsin7

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 08 December 2017.
Jumlah Pelawat :12154924