Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA : 17 Oktober. Mesyuarat Taskforce Halal Malaysia & Australia adalah kesinambungan peranan JAKIM di bawah Malaysia Australia Agriculture Cooperation Working Group (MAACWG). Mesyuarat edisi 2018 adalah persediaan awal MAACWG yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. Fungsi Halal Taskforce ini adalah membincangkan semua isu berkaitan halal yang terkait dengan kelulusan ke atas rumah sembelihan serta pengiktirafan Badan Pensijilan Halal di Australia.

Seramai 5 deligasi Australia termasuk pegawai dari kedutaan Australia di Malaysia telah menghadiri mesyurat pada hari ini diketuai oleh Dr. David Cunningham, Assistant Secretary Export Standard Branch, Canberra. Manakala Malaysia diketuai YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee beserta ketua-ketua unit strategik yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan Bahagian.

Hasil mesyurat ini adalah manifestasi kerjasama sedia ada yang telah terjalin antara kedua-dua buah negara. Antara lain adalah membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan ketulinan dan jaminan ke atas produk halal yang dibawa masuk ke Malaysia dari Australia.

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

TASKFOST AUSTRALIA 17102018 1

TASKFOST AUSTRALIA 2 17102018

TASKFOST AUSTRALIA 3 17102018

TASKFOST AUSTRALIA 4 17102018