Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
Bandar Baru Enstek, 25 Januari 2019 - Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Hajjah Hakimah Binti Mohd Yusoff telah mengadakan walkabout ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan. Program yang membawa harapan dan inspirasi pihak tertinggi JAKIM terhadap penubuhan MyHAC telah disampaikan dalam amanat beliau kepada warga kerja MyHAC. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Ustaz Bukhari Md Akhir, wakil Pengarah Bahagian Kewangan dan wakil Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Semoga Halal Malaysia akan terus mengorak langkah memimpin Halal Global.
 

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

 BERITA LAWATAN TKPD MYHAC 1 25012019 UTAMA
 
BERITA LAWATAN TKPD MYHAC 2 25012019
 
BERITA LAWATAN TKPD MYHAC 3 25012019
 
BERITA LAWATAN TKPD MYHAC 4 25012019