Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
PUTRAJAYA - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM melalui Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan telah menganjurkan Bengkel Jawatankuasa Mengkaji Kes (JKMK) Akta Perihal Dagangan 2011 pada 21 November 2019 semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 7, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh 7 orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diketuai oleh Tuan Mohd Fuzi Hadi bin Abd. Latif selaku Ketua Unit Siasatan, Seksyen Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP. 
 
Antara tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk mengemaskini status 40 kertas siasatan berkaitan halal yang meliputi arahan kompaun, pertuduhan, dan siasatan lanjut di samping berkongsi pandangan serta informasi semasa berkaitan pemantauan dan penguatkuasaan halal.
 
Bengkel seharian yang bermula sekitar jam 9.00 pagi  tersebut telah disantuni dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs.Tuan Bukhari bin Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Beliau ketika ditemui semalam turut menyatakan bahawa kesinambungan bengkel JKMK ini akan diteruskan pada masa akan datang secara bersiri demi memantapkan lagi penguatkuasaan halal Malaysia.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
JAKIM KPDNHEP Tingkatkan Kerjasama Dalam Penguatkuasaan Halal 1
 
JAKIM KPDNHEP Tingkatkan Kerjasama Dalam Penguatkuasaan Halal 2
 
JAKIM KPDNHEP Tingkatkan Kerjasama Dalam Penguatkuasaan Halal 3
 
JAKIM KPDNHEP Tingkatkan Kerjasama Dalam Penguatkuasaan Halal 4