Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:49 Syuruk : 7:11 Zohor : 1:22 Asar : 4:46 Maghrib : 7:31 Isyak : 8:44

Bangi, 2 April 2018 – Institusi Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi telah menerima lawatan penanda aras EKSA dari Institut Latihan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) & Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.  Seramai 61 orang pegawai daripada agensi tersebut telah menyertai lawatan kali ini. Taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di ILIM serta perkongsian pengalaman telah diadakan dan para pegawai juga telah dibawa melawat ke Zon-Zon Eksa.

Lawatan ini juga bertujuan berkongsi pengetahuan berkaitan amalan EKSA dan juga susun atur ruang pejabat yang teratur bagi membolehkan mereka membuat penambahbaikan dalam melaksanakan EKSA di jabatan masing-masing.

Semoga kedua dua agensi tersebut berjaya memperoleh pensijilan EKSA dengan jaya.

lawatan eksa1

lawatan eksa2

lawatan eksa3

lawatan eksa4

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 20 July 2018.
Jumlah Pelawat :12210402