Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) sedang bergerak ke arah memperoleh akreditasi ISO/IEC 17065 Conformity assessment –Requirements for bodies certifying products, processes and services daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM). Pengiktirafan ISO/IEC 17065 merupakan penanda aras di peringkat antarabangsa terhadap keupayaan badan pensijilan dalam menjalankan fungsinya secara sistematik, telus dan berkesan.

Bagi memenuhi keperluan pengiktirafan akreditasi ini, pelaksanaan Perjanjian Pensijilan Halal atau Halal Certification Agreement (HCA) yang telah dikuatkuasakan bermula 17 Ogos 2020 lalu merupakan salah satu daripada usaha yang sedang dijalankan bagi mencapai objektif ini. Pada fasa permulaan, HCA hanya tertakluk kepada pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang permohonannya diproses oleh BPH, JAKIM.

Justeru, satu pertemuan oleh pihak BPH bersama industri yang terdiri daripada syarikat Nestle, F&N dan Ajinomoto Malaysia telah diatur pada 17 Ogos lalu sebagai simbolik kepada pelancaran HCA ini. Pertemuan yang diatur ini telah disantuni oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM Tuan Bukhari Md Akhir dan pegawai-pegawai kanan dari Bahagian ini.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingTheWorld
#HalalMalaysiaHaveFaith
#StayAtHome
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my

PELAKSANAAN HCA 1PELAKSANAAN HCA 2PELAKSANAAN HCA 3