Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Bicara Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Kedah pada 15 Julai 2019 yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM menyampaikan ucapan aluan dalam program tersebut.

Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Maqasid Syariah ke negeri-negeri untuk memberikan penjelasan mengenai Maqasid Syariah dan pelaksanaannya dalam tadbir urus negara. Seramai 400 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil GLC dan Swasta, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Pensyarah-pensyarah, Guru-guru, Imam-imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid sekitar Negeri Kedah. 

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Minda Maqasid“ oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman (Timbalan Dekan Fakul Sains Sosial & Kemanusiaan, UTM) dan “Agenda Maqasid Syariah dalam Tadbir Urus Negara“ Oleh Puan Nor Safina bt Zainal (Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM).Pada program ini turut diserahkan Profil Maqasid Syariah yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAKIM kepada YAB Menteri Besar Kedah.

 

no.1

 

no.2

 

no.3

 

no.4

 

no.5

 

no.6

 

no.7

 

no.8