Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
 

16 Oktober 2019 menyaksikan satu lagi kejayaan dalam program penjelasan dan pembudayaan dasar tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah. Ia merupakan susulan daripada kunjungan hormat YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 29 April 2019 yang lalu. Justeru, penganjuran bersama Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2019 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) adalah impak daripada libat urus (engagement) serta kerjasama strategik yang telah diwujudkan antara organisasi tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa:

Saya percaya pentadbiran Negara mahupun organisasi saling berkait dengan kepentingan menjaga tonggak kesejahteraan Negara secara holistik yang mana nilai-nilai Maqasid Syariah mengiringi setiap urusan pentadbiran bagi menjamin keselamatan negara dan juga kesejahteran Negara serta kepentingan rakyat.”

Perkara ini diperincikan lagi dalam penjelasan yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid mengenai intipati yang terkandung dalam pendekatan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah, konsep Maqasid Syariah dan kaedah aplikasinya dalam tadbir urus bersesuaian dengan agenda Sustainable Development Goals (SDGs) di peringkat antarabangsa. Hampir 500 orang peserta daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan KKMM, para pegawai penerangan (key communicators) seluruh Malaysia, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan penggiat-penggiat seni tanah air hadir dalam sesi town hall hari ini yang bertempat       di Dewan Serbaguna B1 KKMM, Presint 4, Putrajaya.

Program ini turut dihadiri oleh YBrs Puan Hajah Hakimah binti Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan YBhg. Datuk Haji Almain Ajirul, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik, KKMM. Ia mensasarkan sebaran penjelasan secara first hand daripada pihak kepimpinan Negara kepada pembuat dasar dan pemegang taruh yang berkaitan untuk memasyarakatkan pelaksanaan Maqasid Syariah dan memperkukuh kefahaman mengenai pelaksanaannya agar ia dapat direalisasikan demi untuk mencapai kemaslahatan Negara berpandukan kehendak syarak.
 
 
first edit
 
 
no 2 edit
 
 
no 3
 
 
no 4
 
 
no 5
 
 
no 6
 
 
no 7 edit
 
 
Last