Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
 

Putrajaya, 7 Ogos –Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Maqasid Syariah  telah mengadakan Majlis Pertemuan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) bersama Panel Pakar Penyelidikan JAKIM dan Pelancaran Buku Maqasid Syariah pada 6 Ogos 2020 bertempat di The Everly Putrajaya yang dihadiri seramai 120 orang.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Puan Hajah Hakimah bt Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Dato' Abd. Aziz Bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Pengerusi Dan ahli-ahli panel pakar penyelidikan JAKIM iaitu Panel Pakar Syariah, Panel Pakar Akidah, Panel Pakar Tasawuf, Panel Pakar Falak dan Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam, ketua-ketua Agensi di Bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), dan pengarah-pengarah bahagian JAKIM.

 

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri juga telah melancarkan dua (2) buah buku terbitan Bahagian Maqasid Syariah JAKIM bertajuk “Minda Maqasid” dan “Model Program Eksekutif Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah”.

 

Antara amanat penting yang disampaikan oleh YB Menteri di JPM dalam ucapan beliau ialah "Maqasid Syariah sangat penting dijadikan sebagai suatu pendekatan bagi merancang polisi-polisi yang bersesuaian dengan syarak. Hal ini pernah ditekankan suatu ketika dahulu oleh Imam al-Haramain al-Juwaini dalam bukunya Ghiyats al-Umam fi al-Tayyats al-Zhulam. Beliau menyatakan kegusarannya terhadap isu kemerosotan peradaban masyarakat Islam dari sudut kesarjanaan, intelektualisme dan politik Islam. Menurut beliau, satu-satunya cara untuk keluar dari permasalahan ini adalah dengan membangunkan Maqasid Syariah yang universal..."


Bersempena dengan majlis ini juga, YBhg. Dato’ Mohd Roslan Bin Mahayuddin,Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menyerahkan Sijil Hak Cipta Model Program Latihan Eksekutif Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). JAKIM selaku pencipta dan pemunya Hak Cipta di bawah Akta Hak Cipta 1987 telah membangunkan Model ini ke arah menjadikan Maqasid Syariah sebagai teras dalam tadbir urus negara.

 

Berita 1

 

berita 2

 

berita 3

 

berita 4

 

berita 5

 

berita 6