Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 1
 
Shah Alam, 25 September 2015 (Jumaat) - Jakim melalui Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jakim telah menjayakan Majlis Perasmian Program Qurban Bersama Korporat Bagi Tahun 1436H/ 2015M. Program ini merupakan antara inisiatif rintis yang dianjurkan secara bersama oleh 20 buah syarikat korporat yang menjadi anggota SDK Jakim iaitu Pos Malaysia Berhad, Khazanah Nasional Berhad, RHB Islamic, Bank Muamalat Malaysia Berhad, TH, Petronas, DRB-HICOM, TNB, TM, STMB, BSN, MAB, MAHB, KTMB, Bank Rakyat, PNB, Ambank Islamic, BHB, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan 2 buah agensi rakan strategik Jakim iaitu TVAl-Hijrah dan IKIM.
 
Syarikat Pos Malaysia Berhad telah dilantik selaku 'Tuan Rumah' bagi pelaksanaan program kali pertama ini. Oleh demikian, Pusat Mel Nasional (PMN), Seksyen 21, Shah Alam, Selangor telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan majlis perasmian program ini. Majlis ini merupakan acara perasmian bagi pelaksanaan Program Qurban Bersama Korporat Kali Pertama Bagi Tahun 1436H/ 2015M yang dilaksanakan di tujuh (7) buah negeri (Selangor, Pahang, Perak, Kedah, Melaka, Sabah dan Sarawak) dengan kerjasama Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di lima (5) buah negeri, Jakim Cawangan Sabah dan Sarawak serta Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sempena EidulAdha bermula 24 - 27 September 2015/ 10 - 13 Zulhijjah 1436H. Secara keseluruhannya, sejumlah 17 ekor lembu telah diagihkan ke 18 kawasan/ perkampungan Orang Asli dan perkampungan Saudara Kita yang dipilih oleh Jawatankuasa Induk Pelaksana Program.
 
Majlis ini telah dihadiri lebih kurang 500 orang peserta yang terdiri daripada oleh wakil pengurus besar syarikat-syarikat korporat,  kakitangan PMN dan anak-anak yatim dari Rumah Sinaran Budi, Setapak. Atur cara majlis bermula seawal jam 7 pagi (acara gotong-royong melapah dan memasak daging qurban) dan berakhir pada jam 10.30 malam. Slot Wacana Ilmu telah dijayakan oleh Al-Fadhil Sheikh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dengan tajuk perkongsian "Ibrah Di sebalik Rahmat Qurban". Acara perasmian majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim mewakili Ketua Pengarah Jakim.
 
Pada dasarnya, program ini mencapai matlamat penganjurannya iaitu untuk mewujudkan hubungan mesra antara anggota SDK Jakim dengan masyarakat setempat dalam misi melaksanakan ibadah qurban secara 'berjemaah' (kolektif) di samping merapatkan ukhuwah antara satu sama lain. Begitu juga dalam konteks pencapaian objektif seperti yang telah digariskan iaitu untuk melaksana dan mengagih daging qurban secara terancang bagi memperoleh manfaat optimum selain memberi semangat kelegaan dan keceriaan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mendapat manfaat daripada pelaksanaan ibadah qurban tersebut. Hal ini selari dengan tema yang dipilih iaitu "Iman Disemai, Budi Dilerai, Kasih Dituai".
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 2
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 3
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 4
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 5
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 6
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 7
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 8
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 9
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 10
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 11
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 12
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 13
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 14
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 15
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 16
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 17
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 18
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 19
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 20
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 22
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 23
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 25
 
Program Qurban Bersama Korporat 1436H 2015M 27