Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Masjid Putra, 9 Mac 2017- Seminar Jururawat dan Sukarelawan Hospital anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 350 orang peserta dalam kalangan jururawat dari Hospital Kerajaan dan Swasta, Pejabat Kesihatan Daerah, pelajar Kolej Kejururawatan, para sukarelawan, pengamal pengubatan Islam, pegawai agama JAKIM yang bertugas di hospital dan juga pegawai agama di peringkat Jabatan agama Islam negeri dan Kementerian. Seminar ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik dan mantap dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (SPPUM) bagi merealisasikan hasrat kepimpinan negara kita Malaysia agar menjalinkan kerjasama dengan organisasi antara agensi kerajaan dan NGO.

Inisiatif penganjuran program ini antara lain adalah untuk memberi pengukuhan dan penghayatan terhadap responsibility berteraskan Islamic view yang perlu dimainkan oleh jururawat dan sukarelawan yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal pesakit di hospital di samping memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para jururawat dan sukarelawan tentang kepentingan ilmu fiqh dan pelaksanaannya.

Seminar ini telah menampilkan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu YBhg Tuan Haji Zul Ramli bin Mohamed Razali dengan tajuk “Nurse… tolong saya”. Diikuti oleh sesi forum dengan tajuk Profesion Jururawat dan Sukarelawan: Antara Tanggungjawab dan Cabaran yang akan dikupas lanjut oleh 2 orang ahli panel iaitu YBhg Dato’ Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh dan YBhg Tuan Haji Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kehadiran para peserta begitu memberangsangkan ini membuktikan kesediaan mereka untuk menimba dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan khususnya mengenai pelaksanaan ilmu fiqh dalam profesyen mereka sebagai jururawat dan sukarelawan yang sememangnya diperakui sebagai antara profesion yang berpiawaian tinggi dan diiktiraf serta dihormati di seluruh dunia.

Seminar ini diteruskan lagi dengan ucara perasmian. YBhg Dato’ Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh dalam ucapan aluan, beliau menyatakan bahawa program ini amat memberi manfaat dan mempunyai elemen Hospital Mesra Ibadah yang sekarang ini telah dan sedang dilaksanakan oleh hampir di seluruh hospital di negara ini. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, JAKIM mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Beliau menyarankan agar para jururawat serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal pesakit agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada pesakit di samping berperanan sebagai dai’e untuk mengajak pesakit mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

Seminar jururawat2017 9

Seminar jururawat2017 8

Seminar jururawat2017 4

Seminar jururawat2017 6

Seminar Jururawatr

Seminar jururawat2017 1

Seminar jururawat2017 2

Seminar jururawat2017 3

Seminar jururawat2017 7