Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Jakim melalui Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah merancang program bagi melahirkan tokoh-tokoh pendakwah dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan saudara muslim berbangsa Cina dan India. Tokoh-tokoh pendakwah ini dilatih supaya mampu menyampaikan dakwah melalui televisyen dan radio.

Bagi merealisasikan hasrat ini, satu program mencungkil bakat bakal-bakal pendakwah selebriti telah diadakan di Studio Bahagian Media, Aras 1, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada 3 dan 4 April 2017, bersamaan 6 dan 7 Rejab 1438 yang lalu. Kursus Pembangunan Imej Daie Orang Asli dan Saudara Muslim ini adalah kali kedua dianjurkan, dengan penyertaan seramai 23 orang peserta daripada pelbagai etnik.

Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik Bahagian Dakwah, iaitu Yayasan Taqwa dan Bahagian Media, Jakim. Selain berhasrat memperkenalkan dan menonjolkan lebih ramai pendakwah dalam kalangan masyarakat Orang Asli, Cina dan India muslim di negara ini, kursus ini juga merupakan medan dan strategi dalam membentuk imej daie selari dengan perkembangan teknologi masa kini dan platform untuk mengasah bakat para peserta.

Para peserta diberi input secara teori dan latih amal di studio. Antara pengisian yang dibuat adalah pendedahan mengenai peralatan studio, teknik berhadapan kamera dan teknik berkomunikasi. Menariknya, sesi latih amal telah dibuat rakaman sepenuhnya oleh kru Bahagian Media, dan dibuat sesi tayangan dan komentar daripada pembimbing yang berpengalaman dalam bidang ini, iaitu Puan Misliyah binti Ramli dan Encik Noor Arqam bin Nordin.

Secara keseluruhannya, peserta kursus ini amat berpotensi untuk diketengahkan sebagai pendakwah di televisyen dan radio, malah seorang daripada mereka, iaitu Encik Wan Masindra bin Juja, etnik Asli dari Perak telah pun beberapa kali muncul di corong radio Asyik FM dalam slot berbahasa Suku Kaum Temuan.

Bakat baru Orang Asli 9

Sebahagian daripada peserta imej daie terdiri daripada Dr.Halida, Nurul Nadhirah Liew, Nurmaisarah Leong (barisan hadapan sebelah kanan).

Bakat baru Orang Asli 11

Sesi latihan pengucapan dikendalikan Puan Hajah Misliyah binti Rusli.

Bakat baru Orang Asli 12

Salah seorang peserta kaum orang Asli yang dilatih berucap, Ustaz Ahmad Daud bin Leman.

Bakat baru Orang Asli 13

Sebahagian peserta lelaki yang terdiri daripada etnik orang Asli, India Muslim dan Cina Muslim.

Bakat baru Orang Asli 14

Peserta diberi peluang mengetengahkan bakat.

Bakat baru Orang Asli 1

Perasmian Majlis oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ustaz Zaidi bin Ramli.

Bakat baru Orang Asli 3

Latihan Kapsul di televisyen oleh peserta orang Asli, Jasni Ajom.

Bakat baru Orang Asli 6

Bakat baru Orang Asli 7

Peserta Orang Asli berpeluang mengendalikan forum.

Bakat baru Orang Asli 8

Peserta dan urus setia bergambar kenangan sejurus usai kursus.