Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Masyarakat Orang Asli terkenal dengan keunikan budaya dan cara hidup. Mereka juga masih tebal dengan sifat malu dan tidak suka terdedah kepada kemodenan. Oleh itu, bagi menarik minat masyarakat tersebut kepada Islam dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan, aktiviti dakwah mesti sentiasa dijalankan. Begitu juga bagi menangkis dakyah agama lain, aktiviti dakwah mesti terus diperkasakan.

Melihat keperluan maklumat berkaitan dakwah kepada masyarakat Orang Asli, terutamanya kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli yang belum berpengalaman dalam bidang ini, maka Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Asas kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) gred S19 lantikan baharu. Kursus yang berlangsung di Bilik Kuliah al-Biruni, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 4-7 Mac 2019 telah dihadiri seramai 23 orang PMOA yang dilantik secara Contract of Service.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan asas berkenaan pelaksanaan dakwah kepada masyarakat Orang Asli di negara ini. Selain itu, PMOA dapat bersedia menghadapi isu-isu semasa dalam kalangan penduduk kampung setempat. Manakala pengisian slot dalam kursus ini adalah pendedahan tentang kehidupan masyarakat Orang Asli di Malaysia, Integriti dan Jati Diri Sebagai Penjawat Awam, Teknik Penyampaian Ceramah/ Khutbah Berkesan dan Pengurusan Jenazah.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM.
 
Kursus Asas PMOA 2019 1
 
Kursus Asas PMOA 2019 2
 
Kursus Asas PMOA 2019 3
 
Kursus Asas PMOA 2019 4
 
Kursus Asas PMOA 2019 5
 
Kursus Asas PMOA 2019 6
 
Kursus Asas PMOA 2019 7