Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Pada 9 April 2019 yang lalu, Bahagian Dakwah Jakim melalui Cawangan Kefahaman Islam, Seksyen Orang Asli telah mengadakan satu Kursus Umrah Khas Masyarakat Orang Asli yang melibatkan peserta Program Amal Umrah Asnaf Agensi Pelancongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan kerjasama beberapa Agensi Kerajaan bagi musim umrah 1440 Hijrah di Pejabat Andalusia Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kursus dengan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) ini melibatkan 36 orang masyarakat Orang Asli dari 5 buah negeri. Pada sebelah pagi, kursus dimulakan dengan Ceramah Umrah oleh Ustaz Mahya, penceramah Andalusia dan pada sebelah petangnya pula disampaikan oleh pendakwah Orang Asli, Ustaz Jasni Ajom, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan yang jelas kepada para peserta tentang pelaksanaan ibadah umrah secara teori dan praktikal. Selain itu, kursus ini bertujuan untuk memberi motivasi dan suntikan semangat kepada peserta dan disampaikan oleh penceramah Orang Asli sendiri.

Pada akhir program, semua peserta dibekalkan beg bagasi daripada Syarikat Andalusia Travel dan Tours yang disampaikan oleh Ustazah Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kefahaman Islam diiringi oleh Puan Fatin Alia binti Ibrahim, Pengurus Andalusia Cawangan Bandar Baru Bangi dan En Kerisman bin Hasbullah , wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa). Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada kursus ini.
 
KURSUS UMRAH KHAS MASYARAKAT ORANG ASLI 1
 
KURSUS UMRAH KHAS MASYARAKAT ORANG ASLI 2
 
KURSUS UMRAH KHAS MASYARAKAT ORANG ASLI 3
 
KURSUS UMRAH KHAS MASYARAKAT ORANG ASLI 4