WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

29 Januari 2019, Sabak Bernam – Buat pertama kalinya Institut Latihan Islam Malaysia menganjurkan program Retreat Kepimpinan Pertengahan pegawai-pegawai kanan JAKIM gred S48 sehingga S54 baharu bagi melahirkan pemimpin JAKIM yang kompeten dalam pegurusan hal ehwal Islam.

Program anjuran Kluster Kecemerlangan dan Kepemimpinan Islam tersebut diadakan di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam Selangor dengan dihadiri seramai 35 orang peserta telah bermula pada hari ini dan dijangka berakhir pada 31 Januari 2019.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dan hadir bersama Puan Hajah Zawanah binti Muhammad, Pengarah Kanan ILIM.

Terdahulu peserta telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Shamsuri bin Ghazali selaku penyelaras bagi program tersebut. Majlis penutupan program dijadualkan akan dilaksanakan pada 31 Januari 2019. Semoga program tersebut dapat dilaksanakan sehingga jayanya.

RKP3

RKP1

RKP2

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 19 February 2019.
Jumlah Pelawat :12264226