WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

28 Januari 2019, Bangi – Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya hari ini mengadakan kunjung hormat ke Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi sebagai tanda apresiasi atas kerjasama ILIM dalam menjayakan program-program yang dianjurkan JKM di kampus utama tersebut sejak 2016 lalu.

Antara program berimpak besar yang dilaksanakan dengan kerjasama JKM-ILIM adalah program Khalifah Junior. Program bersifat keagamaan tersebut melibatkan kanak-kanak di pusat perlindungan dan pemulihan JKM seluruh Malaysia. Pengisian program menawarkan pertandingan membaca khutbah, bercerita, tilawah al-Quran serta hafazan dan perasmian pada tahun lepas disempurnakan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

JKM juga menyatakan hasrat untuk menjadikan ILIM sebagai lokasi utama bagi penganjuran Khalifah Junior bagi tahun 2019. Ironinya pada tahun ini, julung-julung kalinya JKM akan mengundang Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.

Dalam siri kunjung hormat ini juga, delegasi JKM yang diketuai oleh Puan Rafidah binti Abdul Aziz menyatakan hasrat untuk menjadikan ILIM sebagai pusat latihan yang melatih pegawai-pegawai kader JAKIM di JKM dalam membina kemahiran dan kepakaran dalam mengendalikan pengurusan hal ehwal Islam melibatkan kanak-kanak dan warga emas.

ILIM sebagai pusat latihan yang bertanggungjawab dalam pembangunan kompetensi pegawai dalam pengurusan hal ehwal Islam menyambut baik hasrat ini dan akan bekerjasama dengan JKM dalam membantu memberikan latihan dan kemahiran kepada pegawai kader yang ditempatkan di setiap kementerian.

Memahami tugas sebagai duta JAKIM di kementerian serta agensi bukanlah tugas yang mudah, ILIM mengambil inisiatif merangka beberapa program khas melibatkan pegawai-pegawai kader JAKIM untuk melatih dan mengasah kemahiran mereka dengan memberi fokus terhadap bidang tugas masing-masing.

Semoga hubungan sebagai rakan strategik ini terus dikukuhkan bagi melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kanak-kanak merupakan aset dan permata Negara yang perlu dilindung dan diberi perhatian. ILIM juga berharap dengan santunan kepada permata ini, risalah dapat disebar demi maslahat ummah.

JKM1

JKM2

JKM3




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 18 July 2019.
Jumlah Pelawat :12321638