WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 4 April 2019 – Kluster Kecemerlangan dan Kepemimpinan Islam (KKKI), telah menganjurkan Kursus Power Up Your English : Presentation And Formal Dialogue at Work pada 2 hingga 4 April 2019 di Bilik Abdul Kadir Jailani, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul, mengenal pasti teknik penguasaan Bahasa Inggeris bagi maksud-maksud tertentu dengan tepat dan berkesan mengikut situasi tempat serta majlis dan membina keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris secara langsung dengan pelawat yang berkunjung ke premis-premis kerajaan dan masyarakat awam dilapangan.

Seramai 15 orang peserta terdiri daripada kumpulan kepimpinan pertengahan JAKIM mendapat bimbingan dari Felo Kehormat JAKIM iaitu Prof. Emiritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal bin Hassan.

Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

 Kursus Power Up Your English 1




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 18 July 2019.
Jumlah Pelawat :12320676