WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 10 April 2019 – Unit Jaminan Kualiti dan Inspektorat dengan kerjasama Unit Integriti ILIM telah mengadakan Program Peningkatan Kualiti Dan Integriti bersama Institut Aminuddin Baki (Iab) Cawangan Utara.

ILIM diwakili Pendaftar, Cawangan Khidmat Pengurusan, Encik Mohamad Fairuz bin Mohd Nasir telah menyampaikan alu-aluan sebagai ucapan selamat datang dan tanda penghargaan kepada delegasi yang diketuai Encik Abdullah bin Hassan, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Utara. Program yang dilaksanakan seharian ini padat dengan perkongsian berkaitan peningkatan kualiti jabatan seperti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Pensijilan ISO.

Selain EKSA dan Pensijilan ISO, IAB Cawangan Utara juga berpeluang berkongsi pandangan bersama ILIM berkaitan hal ehwal Integriti. Delegasi tersebut dalam rangka lawatan ke ILIM telah dibawa melawat ke zon-zon EKSA terpilih bagi mengambil inspirasi peningkatan kualiti di jabatan mereka.

Sebagai pelengkap atur cara program, perlawanan badminton persahabatan juga turut dijalankan bagi memperkukuhkan jalinan kedua-dua institusi latihan ini. IAB Cawangan Utara menang bergaya apabila berjaya menumpaskan ILIM dalam acara perseorangan, dan regu campuran. ILIM hanya berjaya mengatasi IAB melalui acara regu dalam pertandingan tersebut. Semoga jalinan ini dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.

 IAB




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 18 July 2019.
Jumlah Pelawat :12320674