Allah SubhanaHu wa Ta’ala mengutus para Rasul berserta dengan SyariatNya untuk membina sistem kehidupan untuk seluruh manusia (Al-Qur’an, Surah al-Hadid, ayat 25). Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم merupakan Syariat yang terakhir yang berkuatkuasa sehingga berlakunya kiamat (Al-Qur’an, Surah Ali ‘Imran, ayat 19), dan diperundangkan oleh Allah SubhanaHu wa Ta’ala bagi memenuhi maslahah seluruh manusia;
di dunia dan akhirat (Ibnu’ Ashur, 1998). Apabila syariat Islam diabaikan dalam kehidupan manusia, pasti mafsadah dan kerosakan akan berlaku. Allah SubhanaHu wa Ta’ala menjelaskan bahawa peranan Pemimpin adalah untuk melaksanakan segala perintah Allah SubhanaHu wa Ta’ala dalam bidang kuasanya (Al-Qur’an, Surah al-Haj, ayat 41)