Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
20 Mei 2021 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa khususnya dengan organisasi di bawah Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) melalui persefahaman yang dicapai antara JAKIM dan International Islamic Fiqh Academy (IIFA), OIC. Majlis Menandantangi Letter of Intent (LOI) kerjasama dalam Hal Ehwal Islam antara kedua-dua agensi telah dilaksanakan pada 19 Mei 2021 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya. YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, menandatangani bagi pihak JAKIM, manakala IIFA diwakili oleh Setiausaha Agungnya, TYT Prof. Dato’ Dr. Koutoub Moustapha Sano. Majlis tersebut disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Melalui persefahaman ini kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam aspek latihan, pembangunan penyelidikan fiqh dan pengurusan fatwa serta pelaksanaan penyelidikan isu semasa kepentingan umat Islam termasuk isu-isu hak asasi manusia. Persefahaman juga dicapai bagi kesediaan penglibatan yang lebih luas pegawai-pegawai agensi pengurusan hal ehwal Islam Malaysia di dalam program-program anjuran IIFA.
 
Majlis Menandatangi LOI Antara JAKIM Dengan IIFA 1
 
Majlis Menandatangi LOI Antara JAKIM Dengan IIFA 2